Thursday, March 19, 2009

Teman Sejati

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


Anda ada teman sejati????




ADAKAH ADAM TEMAN SEJATI KAKAK???



ABANG DAN AMIN????

Wednesday, March 18, 2009

Pasal handphone

Citer pasal handphone ni. Sebenarnya kami belikan satu untuk abang.HP sekenhen ja, RM50. Bukan apa senang nak check citer kat umah. Dan dia pun senang nak call kami bg tau apa yg patut. Tapi masalahnya..adeiii anak2 ni. kejap2 dia call..bg tau tu bg tau ni. Penat juga nak menjawab. Lepas tu sms...hahahah dah pandai sms bergambar tu. Tu yang tak tahan.

Tapi dia cuma call saya dan en.atan saja la dan tok wan dia. Dan kami masukkan no telefon balai polis dan no 994. Cuma pesan kat dia call no tu bila perlu dan penting saja. Jgn sesaja gatai tangan nak dial no tu...Dan HP dia tu cuma boleh guna dlm rumah jer..tak boleh bawak kuar dr umah dlm erti kata lain masa nak pi main tu kena tinggal kat umah la. Walaupun rega 50 tapi bg saya mahall ooooo




Antara mesej bergambar yg saya terima....

ni hp antik saya...saja jer tepek gambar

Tuesday, March 17, 2009

Pasal Danish





PASAL DANISH???

- GIGI DIA DAH ADA 10..MAKA DIA SUKA SGT MENGGIGIT
- RAMBUT DIA CURLY
- MAKIN GEDIK
- KAMI PANGGIL DIA ABANG TEH
- SUKA NAIK MOTOR
- MANJA NGAN "MAK" DIA
- TAK LEH BANGKANG, KALAU BANGKANG SURE MELALAKK
- PANDAI GADUH. HARI TU DIA GADUH NGAN KAKAK DIA PAS TU SIAP ANGKAT KAKI LAGI...
- BERAT MULUT..HAHAHAH TAPI PART LAIN AKTIF. AGAKNYA SBB DIA TUMBUH GG DAN BOLEH BERJALAN DGN CEPAT
- DIA SUKA PAKAI KASUT CROCS DIA..SAMPAI NAK BAWAK TIDOQ
- OPS SUKA MAIN AIR. PANTANG LEPA MASUK BILIK AIR
- KALAU NAK SUSU ..HUHUHU MELALAK SAKAN PAS TU DIA MESTI PI KAT TEMPAT SUSU
- MAKAN APA SAJA TAK KIRA MASAM, MANIS OR PEDAS...
-

Monday, March 16, 2009

My birthday

Chupp...birthday saya 23/2 yg lepas. Dah nak dekat sebulan pun berlalu. Saja nak citer kat sini hadiah yg saya dapat dr En.Atan. Tu pun dia boleh lupa tarikh birthday saya. Bila sy bg hint2 tu baru dia tepuk pala...adeiii sabar saja lahhh.
Tapi tidak la saya merajuk ke apa ker sbb saya dah tau dia mmg macam tu..wakakakakaka..




Nak tergelak saya bila saya dapat lipstick ni. Sbb saya bukan pesen tenyeh lipstick..tapi memandangkan En.Atan yg bg saya tenyeh juga masa nak ke opis. Tu pun kadang2 lupaa

Yang ni saya suka. Hari2 saya sembur. Hahahah nak bg cepat habis lepas tu leh minta beli lain...dulu masa awal2 mengandung badan sy bau minyak kapak jer..sekarang ni dah wangii...

To en.atan..tengkiuu and mmmuahh i love u

Kunjungan Sahabat Lama

Wah..tajuk...tak leh lari hahahahaha. Sabtu lepas 14/3 saya di kunjungi sahabat lama. Wahh memang dah lama tak jumpa dia org ni. dah bertahun-tahun. Bayangkan abang dah 9 thn dah. Dulu wife En.Tapir ni yg menjaga abang. Abang panggil dia Mama. Manja betul abang dgn wife En.Tapir. Sekarang ni bila recall balik kat abang dia dah lupa. Budak2..normal la tu kan??

Ok lah pasal dia org ni..masih ceria dan happy macam dulu jugak. Depa ni mmg sentiasa happy..jarang nak tgk muka depa masam..caya lahh.

Alahai masa kunjungan singkat tu lupa saya nak snap gambar depa..tapi tak pa saya cilok pic depa dari blog En.Tapir.

a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmxDjscdI7bb4JVUY5h_oTxpBugQuNRzjet5cDiUlbX48Eb_mn7N429X764ZWwMVH_qBbb3EIBmzc27IT-DRZwjP01Fve3953cv82P0uDdXYgLkYVIZdh6WNY_rwXvF3mIjn53VNNzFz4/s1600-h/1_850067051l.jpg">

Friday, March 13, 2009

Mampukah kita mencintai sepertinya

Air Mata Rasul S.A.W
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. "Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini? ", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" "peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii,ummatii, ummatiii? " - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

hari jumaat ni jom la kita baca bersama

3 tanda kekotoran hati

1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.


Moga Ada Manfaat,


nih saya dapat dr email..