Monday, November 17, 2008

rajuk

semalam saya teringin nak makan spaghetti. pesan kat en.atan nanti bawak balik spaghetti, dia pun angguk la kepala. jadik semalam tak larat sgt..so saya baring tutup lampu. abang dan bang chik pi mengaji quran. kakak dah tido sebb tak sihat. tggai si kecik danish. bila saya tutup lampu, gelap dia pun titon la...yg saya punya la mengantukkk awal tu tapi segar bugar plak mata. rasa lambat jer en.atan balik. yg air liur dah meleleh sbb dok tingat spaghetti. adoiii rasa cam lambat jer. perut kruk krak...tapi dok tingat spaghetti jugak.

bila en.atan balik, kami dah ting tong . tapi sy menggagahkan diri bangun...tapi sy sedihh sbb dia bwak balik spaghetti yg belum di masakkk. saya dok pk bila dia balik nak makan jer teruss. tapi yg belum di masakkk?? sedihh ooooo. pas tu sy tanya dia kenapa bwak balik yg belum di masak...frust tau tak.

pas tu sy sambung tido ngan hati yg geram. merajuk la konon hahahahahahha. tapi lepas tu sy dgr kelentung kelentang ...ohh suami ku gi masak spaghetti. i likee

bila siap dia kejut kan saya makan....dan dgn lahap nya saya makan...tanpa saya pelawa dia.hehehehe . lepas tu sy rasa lega yg amat sgt dan terus sambung tidurrr....

terima kasih en.atan....

Sunday, November 16, 2008

mybutik2u

n3 nih akan dok kat sini untuk beberapa hari. saja tolong promote untuk kawan dia tak tahu dan tak suruh pun. x dapat komisien apa pun tapi kalau dia nak bagi ok jugak. kwang!kwang !kwang!!!. Jadik n3 baru akan dok bawak n3 ni ler...boleh gitu???

pada sesiapa suka online shopping tu sila la click kat http://www.mybutik2u.com/. kat sidebar tu pun ada gak. support la org kita sikit. kalau nak tau apa yg ada kat web ni sila la click kat url tu yer. toke dia nama cik mas. jadik kalo berkenan ker nak tanya apa2 ker... sila ke web site tu . segala pertanyaan anda akan di jawab oleh cik mas yer.

Saturday, November 15, 2008

aku yg frusttttttttt

weng weng dah kepala saya otak saya ni. geram tauu. apa tak nya sepatutnya en.atan akan gi interview ari ni kat SP. Tapi sekali bos dia tak bg cuti laa. geramm nya aku... kami anak beranak dah syok habih sebab leh balik dok sana.jemu dah ooo dok pulau ni. tapi pg ni en.atan bg tau dia tak leh cuti. geram tau kat bos en.atan tu rasa cam nak bg C4 jerk biar berkecai...ishh kejam sgt la pulak. tapi apa pun saya GERAM hari ni...dan FRUST...ooooooooooooooooooooo

Friday, November 14, 2008

chenta hati ku...aummmmmmmmm

yang ni wajib la dok takhta teratas..kwang kwang kwang ...sapa nak kutuk lantak den tak dulik coz ni blog den..wokehhhh

anak sulung den...

anak no 2 den


anak dara den yg sorang tu



budak kecik den ....




my breakfast

my breakfast for 2day. wahh sebenar nya saya dah makan roti pagi tadi. tapi besalah sejak berdua ni asyik lapar jer. makan tak leh byk, kena sikit2...tapi lepas tu kena ulang makan sebab lapar. nasi ni opismate saya yg kasi, Lai nama dia. hubby dia tapaukan untuk dia, byk dia kata jadik dia kasi saya sikit. kari dan udang 2 ekor. saya pun bismillah la dgn penuh nikmat dan syukur. tapi sayang, saya tak boleh habiskan nasi tu sbb cepat sgt mengah. apa pun tengkiu Lai...

Thursday, November 13, 2008

terima kasih anak2 ku

kakak. saya tak suruh dia wat pun tapi entah lah. terharu sungguh saya. saya kan tak larat , balik keje terus kelepek atas sofa. jadik mmg ada la pinggan mangkuk dlm sink tak berbasuh. tapi budak 4 thn ni, aduhhh terharu saya tau. dia baru 4 thn, tapi cukup prihatin. susah payah dia amik kerusi biru tu lepas tu dia panjat dan basuh pinggan, cawan dlm sink tu. dia bg tau dia basuh sampai bersih. dah tu sisa2 makanan tu sebiji macam saya buat, dia kutip masukkan dlm plastik sampah. saat sy type n3 ni air mata saya bergenang. sbb sy terharu sgt dgn anak dara saya yg sorang ni, baru jer 4 thn tapi pemikiran dia menjangkaui usia dia. Terima kasih sayang, ibu sayang sgt kat kakak....

anak bujang saya yg sulung. kadang2 saya rasa bersalah dgn dia. ya la dia baru 8 thn. officially 21/12 ni baru dia cukup 8 thn, tapi saya byk bergantung pada dia. jaga adik2 dia. sapu sampah kemas umah malah kadang2 dia kena wat susu danish. lepas tu kena angkat kain la. dan macam2 lagi. kadang2 saya rasa saya ni kejam sgt pada dia. sbb tu saya cuba penuhi apa yg dia minta..sbb dia byk bertolak ansur dgn saya. rasa macam dia tu tgn kanan saya. betul la ada hikmah nya bila anak ramai ni kan.

Wednesday, November 12, 2008

my in law


ni my in law. yg berdiri kat pintu tu my FIL dan yang dok tunduk tu my MIL. Pic ni masa kami balik raya ari tu. tah hapa la yg kapel berdua ni sembang tak tau la. adala tu.