Wednesday, November 5, 2008

pinjam meminjam

pernah tak alami situasi pinjam meminjam. saya dok alami masalah nih sekarang. jiran2 saya cukup suka meminjammmmmmmmmm. dah pinjam wat reta sendiri lak tu. ishhhh tensionnn.

jiran 1-pinjam blender dan mixer saya. dah tu buat cam reta sendiri. tak reti2 nak pulangkan. bila saya pi minta balik nak pakai , tak sampai 2 hari mai ambik balik. habihh sapa tak tension. tension tau. macam hak saya dah di abaikan. en.atan dah malas nak masuk campur....

jiran 2-nih bukan pinjam tapi minta. buat saya cam store or kedai runcit pun ya jugak. kadang2 mai minta pampers 2 keping, lepas tu sabun basuh ken, lepas tu sabun mandi malah kadang2 syampu. sekali dua boleh la tahan, tapi kalau selang 3 hari sapa yang tahan??? coh bg tau mai sini??? yang paling syok, baru2 ni mai minta pad untuk period. wooo ini sudah lebihh. pasai pa yg hang tak beli simpan?? maka dgn sakit hatinya saya bg tau tak der...walhal ada saya simpan wat stok. kadang2 org macam ni kena ajar sikit kan. en.atan sampai dah geram dgn depa ni. apa tak nya , selipar yg mertua saya beli kan untuk en.atan selamber jerr suami jiran saya ni pakai. boleh pakai barang org tanpa rasa bersalah. dah lama pulak tu dok umah depa. last week masa saya pi cari penyakar sampah kat umah depa, saya nampak selipar tu terus saya ambil balik. walaupun rega selipar tu murah tapi tu mertua saya belikan untuk en.atan haruss saya ambil balik.

kadang2 serba salah dibuatnya dgn karenah jiran2. Mujur saya bekerja kalau tak lagi tension.

Tuesday, November 4, 2008

pernahkah anda rasa???

pernahkah anda rasa tiba-tiba:-


1. nak bakar jer opis anda
2. nak sepak jer sesapa yg byk tanya
3. malas nak wat keje
4. tgk muka bos cam poyo jer....

huhuhu macam2 perasaan bersarang dalam kepala otak saya. marah, geram, benci, sedih , kecewa semua ada...warghhh nak jadik org ijau lagi nihhh...

nak tau pasai apa???
pasai hari ni dah 4/11/2008 tapi gaji belum dapat lagik...jadik sapa yg tak tension?? co khabar kan mai sini?????

lipat kain, malassss

nih pic hari ahad. budak kecik nih demam. tapi masa ni bintik campak dia tak kuar lagikkk. dia masih mampu kaco abang dia lagikk. abg yg keletihan lepas balik sekolah. teruss tidurrr. yg nampak kaki tu, kaki bangchikkk

waktu malam. dia nak minum susu. dok kat abah dia. budak kecik ni memang malas nak pegang botol susu dia sendiri...ishhh melampau betul laaaa.


kakak yang sedang sibuk lipat kain. dia merengek ajak abah dia ke kedaii. jadik saya kata kat dia kalau nak ke kedai dan nak duit kena buat kerja. jadik saya bg kerja kat dia lipat kain. lepas siap lipat saya bg duit upah kat diaaaa


punya banyak kain dia bwak kluar dari bakul. macam nak lipat betul2 jer.. tapi tak siap punn...last sekali adik dia pi kacau diaaa. bercinta sungguh saya kalo bab2 nak lipat kain nihh. malass laaa. adoiii ada sesiapa nak amik upah lipat kain?????


cotiii

semalam saya cotii lagik. rupanya demam danish tu sebab nak kena campakk. maka budak kecik tu kena campak laa. tapi bukan campak yg besar2 tapi campak kecik jer. tapi dah budak kecik besala meragam dan merengek.

jadik semalam saya amik coti lagi la..dok umah jaga budak kecik tu. buat keje umah. dan bila budak kecik tu tidoooooooooooooo saya pun ikut tidooooooooooooooo. aduhh sungguh nikmat bila boleh tidoooooooooo wakakakakakakakaka.

Saturday, November 1, 2008

Justice????


SHAH ALAM: Afidavit sokongan Abdul Razak Abdullah Baginda berhubung gangguan berterusan Altantuya Shaariibuu hingga beliau terpaksa mengupah penyiasat persendirian dan meminta bantuan seorang pegawai kanan polis, menyelamatkannya daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia itu. Selepas hampir dua tahun dibicarakan, Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan penganalisis politik itu dilepas dan dibebaskan atas tuduhan berkenaan tanpa perlu dipanggil membela diri.


Bagaimanapun, dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas lebih sebulan meneliti 6,000 halaman nota prosiding dan hujah bertulis pendakwaan dan pembelaan sepanjang 151 hari perbicaraan kes itu, yang mendapat liputan meluas kerana Altantuya dibunuh menggunakan bahan letupan serta didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Abdul Razak. Abdul Razak, 48, yang berkemeja jalur biru muda, sebak sebaik keputusan itu dibacakan, manakala Azilah dan Sirul Azhar kelihatan terkejut.


Mohd Zaki dalam keputusannya, berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap Abdul Razak bagi membuktikannya bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28. "Disebabkan afidavit sokongan Abdul Razak adalah sebahagian daripada dokumen kes pendakwaan, maka saya berpendapat keseluruhan kandungannya termasuk butiran yang dimohon dikecualikan, perlu diberi pertimbangan wajar sebagai mana bukti pendakwaan lain. "Oleh itu, persoalan mengenai penangguhan atau pergantungan kepentingannya ke peringkat perbicaraan selanjutnya tidak timbul," katanya yang mengambil masa 25 minit untuk membaca keputusannya sebaik mahkamah memulakan prosiding, kira-kira jam 9.40 pagi. Mohd Zaki berkata, beliau bersetuju dengan hujah peguam Abdul Razak, Wong Kian Kheong bahawa butiran dalam afidavit itu konsisten dengan keterangan saksi pendakwa, penyiasat persendirian, P Balasubramaniam; sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg; teman wanita Azilah, Lans Koperal Rohaniza Roslan dan setiausaha Abdul Razak, Siti Aishah Mohd Azlan.



Katanya, keterangan semua saksi yang konsisten dengan afidavit itu jelas sekali menyangkal dan menjadikan tuduhan bersubahat terhadap Abdul Razak tidak sah. Mohd Zaki juga memutuskan menolak permohonan pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Rohaniza dan pegawai kanan UTK, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Yusri Hasan Basri, 33, kerana terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan saksi di mahkamah dengan percakapan beramaran yang dirakam. Penolakan itu bermaksud keterangan Rohaniza akan diterima masuk dalam nota keterangan. Katanya, beliau juga menolak percakapan beramaran Mohd Yusri dengan mengambil kira rakaman percakapan itu diambil 10 bulan selepas Altantuya dibunuh.


Mengenai 'perbicaraan dalam perbicaraan' berhubung penemuan barang kemas Altantuya di rumah Sirul Azhar serta kenyataan polis bahawa Azilah menunjukkan tempat mangsa diletupkan dan dibunuh, Mohd Zaki memutuskan untuk menerima masuk semua keterangan itu. "Selepas mendengar semua keterangan saksi ketika perbicaraan dalam perbicaraan dan hujahan pembelaan serta pendakwaan, saya mendapati tiada asas meyakinkan dan boleh dipertahan untuk mahkamah menggunakan budi bicaranya bagi mengeluarkan keterangan itu. "Keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan berkenaan kekal sebagai sebahagian daripada keterangan dikemukakan pendakwaan," katanya.


Mohd Zaki kemudian menetapkan 10 November ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri sama ada dengan mengemukakan keterangan bersumpah dari kandang saksi, keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri. Peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad dan peguam Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin, menyatakan anak guam masing-masing memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.


Hazman berkata, pihaknya akan memanggil tujuh saksi, iaitu Ketua Jabatan Digital Forensik di CyberSecurity Malaysia (NISER), Aswami Fadillah Mohd Ariffin; DSP Musa Mohd Safri, bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields, DSP Idris Abdul Karim serta tiga anggota polis lain dan seorang lagi teman wanita Azilah, Norazila Baharudin. Kamarul Hisham pula berkata, pihaknya akan memanggil semula Balasubramaniam dan pengendali serta penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin untuk memberi keterangan berkaitan akuan bersumpah mereka. Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah bagaimanapun berkata, Raja Petra kini ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pihak pembelaan perlu mendapatkan kebenaran menteri berkenaan untuk memanggilnya sebagai saksi. Katanya, pihak pembelaan juga perlu meminta bantuan polis untuk memanggil Balasubramaniam.


Sementara itu, Mohd Zaki membenarkan permohonan Wong untuk menjadi peguam pemerhati dalam perbicaraan kes Azilah dan Sirul Azhar demi kepentingan anak guamnya. Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan Kerajaan Mongolia, Karpal Singh yang ditemui sebaik prosiding berakhir, berharap pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan semakan semula terhadap keputusan pembebasan Abdul Razak. Tun Abdul Majid yang ditanya mengenai perkara itu, berkata pihaknya akan menimbang sama ada akan mengemukakan rayuan atau tidak selepas membincangkannya dengan Peguam Negara.
rasanya semua rakyat malaysia dah tahu pasal keputusan ni kan? atau mungkin keputusan ni memang dah di jangka kan?? Rakan sekerja dari Filipina kata " tak ada undang2 di malaysia, kalau ada duit bebas, kalau ada connection dgn org atas..dgn sms saja bebas"....

Friday, October 31, 2008

orang ijauuuu


yer saya dah nak jadik org ijau nihh. ishh sabaq2..sebab ari jumaat nihh. kalo dapat mau ja saya hempuk2 dua tiga dasss.. adoiii geram nihhh.........
nak tau kenapa saya nak jadik org ijau?? tunggu yer...nak pi tenangkan diri sikittt

apa kisah semalam???

semalam balik keje, saya terus ajak en.atan gi umah pakcik nuaq. nak amik air doa or air tawaq untuk demam danish. ya la dah tak tau nak buat macam mana. ubat dah berbotol-botol tapi demam tak kebah jugak. sampai susut badan dia..nak main pun tak mau. jadik kami ker umah pakcik tu la nak amik air tawaq. ikhtiar kan apa salahnya. lagi pun dia baca air2 quran bukan jampi serapah. pakcik nuaq kata, danish nak kena campak...campak sekam. ada la beberapa pesanan yg dia bg ....

balik kami singgah kedai. nak beli ikan nak masak untuk dinner. en.atan yg pi beli. saya tunggu dalam keta jerk. tiba2 hujan turun lebatt ooooooo. tak nampak jalan aihhhh.

pic golap jerk. nih pic bosan nih. bosan nunggu en.atan beli ikan. dgn danish meragam lagikk ishhh..sabaq-sabaqqqq.lepas tu kami pun balik umah dengan selamat...dan bersiap-siap mandi dan tgk cd upin dan ipin dan yg memasak ialah en.atan. hik hik hik..abih danish tak mo berenggang langsung ngan saya jadik ini lah kesempatannya...