Thursday, August 13, 2009

kisah 27/6/09

Ok kisah 27/6/09-Sabtu.

Saya mmg kena admit 27/6/09 sbb esoknya nak kena induce. Huh rasa ngeri bila ingat nak kena induce. Bagi sesiapa yang pernah rasa induce tu tahulah macam mana sakitnya tu. Tapi dalam diam saya berdoa agar saya tak perlu di induce. Sakit natural ni rasanya boleh tahan lagi.

27/6 tu saya bg tau en.atan saya nak pergi petang ke hospital. Ya la pagi esok baru nak di induce jadi tak perlu rushing sgt. Lagi pun saya ingat nak ikut en.atan pi sekolah abang sign record book dia langsung jumpa cikgu kelas dia. Tapi kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Pagi tu dalam pukul 6.30 lebih saya dah rasa sakit semacam. Tapi tak ada turun tanda darah atau sebagainya. Saya bg tau en.atan dan dia mmg kalut la..nak hantar saya ke hospital. Heheheh saya bg tau dia saya ok lagi saya boleh tahan. Lagi pun sy nak sgt ke sekolah abang..dan perjumpaan ibu-bapa tu start pukul 1130 pagi. Lama lagi nak tunggu tu. Saya buat kerja umah macam biasa...tapi start pukul 800 pagi tu saya rasa sakit makin kuat. Huh tapi still boleh tahan lagi dan sempat belasah 2 keping roti canai. Dan roti canai ni la yg saya jamah sampai masa saya melahirkan Muad'z.

Ok lah di pendekkan ceritanya ...en.atan kesekolah abang awal sbb saya dah tak tahan. Lepas hantar Danish kerumah maknya, pesan apa yg patut kat abang dan bg chik. Kami ke hospital. Sampai hospital dlm pukul 1100 pagi. Seperti biasa masuk ke wad bersalin tu kena check urine, lepas tu pakai CTG nak tgk contruction. Dan hampehhh ada ke nurse kat situ kata tak de contruction dan saya di hantar ke wad dulu. Dan satu lagi kebetulan tapi semuanya kuasa Allah. Pada thn saya melahirkan Danish saya di tempat kan di bilik yg sama cuma berlainan katil dan masa kat Muad'z pun saya ditempatkan di bilik yg sama. Syukur..dgn rezeki ni kalau tak saya akan ditempatkan di katil biasa. Selesa sgt.

Saya masuk ke wad dulu dan ingat mmg nak rest dulu. En.Atan ada la menemani. Huh tapi mana boleh rest sbb sakit tu menyucuk la. Rasa macam senggugut semua ada. Time tu mmg nak naik angin sesaja dgn karenah kakak yg kejap2 nak itu nak ini.....last saya suruh en.atan balik dulu. Jadi dlm pukul 1230 macam tu en.atan balik la dulu. Tinggal la saya sorang2 yg kejap2 baring atas katil dan kejap2 masuk bilik air. Ya saya masuk mandi, siram sana-sini sbb saya rasa dgn cara tu kurang sikit rasa sakitnya. Still tak ada tanda darah dsbnya. Penat kuar masuk bilik air saya duduk atas kerusi..dgn menyendal bantal kat perut. Lega rasanya sikit. Tapi tak lama sbb bila sakit tu datang qemot la muka saya. Tapi sesungguhnya sakit natural ni mmg boleh tahan lagi...

Oleh kerana tak tahan sgt...dalam pukul 145 ptg saya pun pi la jumpa nurse cakap saya sakit sgt. Dan mmg lahabau sungguh nurse2 ni..sbb tak mai tanya langsung keadaan saya macam mana. Bila di check nak dah terbuka 5 cm dan serviks saya pun dah lembut. So saya kena masuk labor room dah. Sebut labor room lagi buatkan saya takuttt. Terfikir pulak macam mana saya nak bg tau en.atan sbb hp saya tak de kredit hahahahahahah. Elok saya mengemas nak bawa masuk apa yg patut ke dalam labor room en.atan call...terus saya bg tau saya dah nak masuk ke labor room sbb dah 5 cm terbuka. En.Atan terus bg tau yg dia akan datang time tu jugak...

Saya masuk labor room dlm pukul 215 petang. Mmg saya boleh tahan rasa sakit tu. Saya bg tau nurse yg menyambut Muad'z saya dah tahan..rasa nak push jer. Bila dicheck baru 9cm terbuka..tapi saya bg tau saya nak cuba teran....dan akhirnya saya push Muad'z dan segalanya selamat. Berat Muad'z masa lahir 4kg. Menjerit nurse2 yg ada disitu..kah kah kah ...saya yg melahirkan pun boleh rileks..tapi bila di fikir balik 4kg ??? ishhhh larat juga aku nihh.

Muhammad Hadiff Muad'z tepat di lahirkan pada jam 345 petang. Kuasa Allah tiada sapa yg dapat menyangka. Tapi Allah tu maha pengasih dan penyayang. DIA kabulkan permintaan saya untuk bersalin tanpa perlu di induce dan DIA kabulkan juga doa saya untuk percepatkan tempoh sakit nak bersalin tu dan permudahkan masa nak bersalin. Syukur Alhamdulillah. Kita sebagai hambanya ni yang kadang2 lupa asal-usul kita dan lupa kepada Allah tapi Allah tak pernah lupa kepada hambaNYA.

Pic Muad'z nanti saya tempek..yer..dok cari reader tak jumpa lagi..mana hala letak tak tau laaa.

2 yang turut berpot-pet:

cikmas said...

waaahhh..tahniah!!! Muad'z...sedapnya nama hero hang

Madam Casper said...

ma kasey cik mas..hik hik hik...