Thursday, October 23, 2008

bling-bling dia dah tak derrr


sebelum raya dia dapat bling2 baru untuk tinger dia. tapi nan ado dah. jadik dia pakai la bling2 lama nihh. yg ni kalo hilang pun tak per sebab RM3.90 jer sepasang. alkisahnya bling2 dia tu sebelah tercabut. jadi dia pakai sebelah sajalah. masa saya menyapu sampah,saya terjumpa yg sebelah tu. tapi saya tak bagi tau dia yg saya dah jumpa. jadik dia ingat bling2 tinger dia dah hilang sebelah, lepas tu abah dia buang yang lagi satu. jadik simpan saja la bling2 tinger dia. raya hj nanti pakaikan balik. lagi pun anak2 jiran saya suka buka dia punya bling2...geram betull rasa cam nak katok tangan tu....

terapi solat

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.


SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal.
Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan.
Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Umat Islam memang di wajibkan sembahyang kan? jadik selain dari suruhan Allah ianya jugak baik untuk kesihatan. Maha Suci Allah...yg mengetahui segala-galanya.













sebelum dan selepas

keadaan rumah yg di tinggalkan pagi tadi yer...cam tongkang pecah jer gayanya....sakit mata dan nak migrain rasanya....

nih selepas di kemaskan...ok la sikit view tu. motif letak ken batik?? okehh sarung kusyen tu kala kuning jadik kalo anak2 ku melenjan atas tu sah2 la nampak kala itam dan sebagainya..jadik alas ken len kat atas tu kureng la sikit nampaknya....








belajar rajin2 yerr


belajar rajin2 yer...untuk masa depan diri sendiri. ibu ngan abah tak de duit million2 nak tinggal dan tanah berelung-relung nak bahagi2...
jadik belajar la rajin2 supaya masa depan nanti terjamin....
abgchik dan kakak masa nak masuk sekolah. dia org ni selang setahun jer. tapi kalo tak ada yg tahu mesti tanya saya..kembar ker?? mungkin sebab jarak depa yg dekat tu yang nampak macam kembar. lepas saya bersalin kan abgchik, 4 bulan lepas tu saya mengandungkan kakak pulak. masa mengandung kakak tu..abgchik still breastfeeding saya lagikk sampai la saya melahirkan kakak...agaknya tu pasal dua org ni rapat. kalo saya marah kan kakak mesti abgchik sedih..TAPI kalo saya marah kan bgchik, kakak jadik batu api pulak..ishh macam2...

terea tak???


kat pulau asyik ujan jer. baju pun tak kering. susah hati betull bila baju dalam bakul anak2 dah susut. yess for ur info, anak2 saya tersangat lah suka menyalin baju yer..terutama anak dara saya...
saya malas nak sidai baju kat porch umah saya..sebb kalo ujan tempias tu kena baju jugak. jadikkk pagi tadi ini lah hasilnya..hua hua hua hua...saya ikat tali kat katil anak saya..jadik la ampai dan leh la sidai ken....janji ken tu kering sebab ada satu bakul lagi yg perlu di sidai.....
erkkk terea tak saya????