Saturday, September 20, 2008

kaca...

yg dalam bulatan tu serbuk kaca. hablur ja. erkk betoi ka? dah byk hari sy terpijak kaca tu. sy dah buang. tapi masih sakit lagi. bila sy tekan kat tempat sakit tu tak kuar apa2. tapi bila pijak masih rasa sakit lagi. pagi ni sy korek2 kaki sy lepas tu sy tekan,kuar macam nanah la sikit. lepas tu sy lap ngan tisu nahhhh ..ada la serbuk kaca kat tisu tu. patut la kaki sy sakit lagi sbb kuar tak habih . nih anak sy punya keja la ni. bg pecah pinggan. adoii letih. kat umah sy x pakai pggan kaca. kami pakai milamine ja. tapi ada la sebiji dua pggan kaca tu sesat.


lepas ni sy kena simpan semua pggan tu. membahayakan betulll

apa yang ada dengan nama


semalam lepas berbuka. sy dok melayan si kecik danish tu. dia tak berapa sihat. selesema dan batuk. tiba2 abg tanya pada sy

"ibu pasai pa ibu pangge adik nish dot?"

tergelak besar sy dengar soalan abg. ya kenapa yer? anak2 sy ada nama manja yg tersendiri. sy jer yg pangge depa dgn nama tu. tah rasa cam comei sgt nama tu. abahnya tak layan langsung. besalah dah nama pun kaum bapak. benda2 remeh cam ni bukan nak di layan sgt.


'saja ja. ibu suka pangge nama tu. abg dulu pun ada jugak nama manja "


dulu abang sy pangge : maqman tos,

anak jiran sebelah pangge : maqman

sepupu dia pangge:dik man (dan kekal sampai sekarang)


abg chik sy pangge: chik ot


kakak sy pangge:yah nanes, wakananees dan mek tet. (panggilan mek tet tu glamer dalam keluarga kami sbb kalau dah geram sgt abg2 dan abah nya pun pangge mek tet)


danish: nish dot, pidot dan mat nish


tapi mujoq panggilan nama tu sy jer yg panggil .itu pun kadang2. kalo suma org ikut wahh kesian anak2 sy. biar nama2 glemer tu jadi kenangan pd anak2 sy bila depa dewasa kelak.


hujan oh hujan








hujan yang turun bagaikan mutiara



berkilau bersinar berkerdipan



subur menghijau bumi terbentang



dan bayu berpuput lembut







cinta yang bersemi



di waktu hujan turun



menyirami ketandusan hati



dan hujan turut mengiringi



engkau pergi







selembut hujan bercurahan



begitulah cinta ini



semesra bumi yang disirami



begitulah hati ini







hujan yang turun bersama airmata



bersama pedih bersama rindu



kau datang dan kau pergi jua



rindu lagi



pic ujan depan opis saya.

cerah tapi......

semalam sy ke pasar ramadhan. beli sup dan ikan keli masak cili. favourite en.atan dan anak2. selepas beli apa yg dah kami plan tu kami jalan2 kejap.cari kuih favourite abang. tiba2 sy terperasan..ada 2/3 org mungkin lebih yg kulit muka nya cerah tapi leher dan bhgn lain tone nya lain. kenapa erk?? owhhh depa pakai pemutih kulit or muka la tu. ishhh sy nampak kulit muka tu macam dah nipis. dah nampak urat2 biru kat pipi dan merah semacam jer. ishhh takut pulak sy tengok. ini pandangan sy ok.



mmg sy tak pernah pakai apa2 di muka sy.w/pun byk iklan pasal produk kecantikan wajah tapi sy tak pernah tertarik untuk mencuba. entah kenapa sy tidak teruja. kulit sy tidak bermasalah cuma berminyak. cukup lah sy pakai pencuci muka untuk kulit berminyak. sapu compact powder sikit , calit lipstik sikit nah melangkah la saya ke opis. bukan sy tidak mampu untuk membeli produk2 tu cuma sy takut dan sy tidak percaya ttg keselamatan satu2 produk2 tersebut. adakah sudah mendapat kelulusan kementerian kesihatan? adakah logo kementerian tu betul atau palsu? dan macam2 andaian lagi yg ada dlm minda sy. bukan produk kecantikan bersepah-sepah sekarang ni? yg jadik pembantu saloon pun dah mampu keluarkan produk sendiri. logik ker tu.
hari tu sy ada baca ttg satu produk kecantikan yg berasaskan buah manggis. tergelak besar saya . manggis tu kan bermusim..jadik macam mana pengeluar nak amik bekalan? jadik apa bahan yg di taruh kemudian di katakan berasaskan manggis???

tepuk dada tanya lah kehendak hati, jgn sampai memudaratkan diri