Saturday, September 13, 2008

bisnes oh bisnes..




saya rasa saya nak ajak en.atan xtive wat bisnes katering nih. mmg la letih sbb nak potong itu ini nak goreng itu ini. tapi hasilnya lumayan. dah 2x kami mendapat tempahan dari geopark hotel sempena majlis berbuka posa nih. hasilnya lumayan lepas tolak modal apa semua. mmg dari dulu lagi sy minat ngan bisnes katering nih. tapi sy jadik manager lahh yg masaknya en.atan dia kan pakar dlm bidang tu. hihihihihihi.


jadi sy nak ajak en.atan daftar niaga nanti. bila dah ada daftar niaga ni senang sikit nak minta loan ker apa ker. cewahh jauh perancangan sy kan? tapi x per la merancang dulu dan pelan2 la laksana kannya. lepas daftar niaga baru sy plan nak iklankan bisnes kami tu. strategi tu haruss ada. betul tak??? sy tau dah kalo sy citer kan ni pada en.atan suami ku itu wahh dia pakai men angguk2 jer..dan jawapan dia "ok". habihh. kalau org tak tau nampak cam sy ni yg monopoli umah tangga kami..tp sebenarnya tidak dah pesen dia macam tu . dia bukannya romantik, masa besday nak bg bunga ker apa ker. kalau sy nak satu2 benda bg tau dia dan dia kata ok pas tu dia bg duit opsss sebenarnya time gaji dia akan bg duit dia semua pada sy. huh kayo la makcik. tapi sy tak joli duit tu tidakkk...sy akan bahagi duit tu untuk bayar duit umah, keta, bby sitter, bil itu dan ini ...ada balance baru sy yg punya. sy bukan queen control tidak..cuma suami ku itu dia malas nak amik tau bab2 bil apa semua. yg dia tau dia dah bg duit jadik pandai2 la ko setelkan semua benda...janji duit cukup sampai ujung bulan,. huhu senang kan?? sy dah biasa..dah 9 ton kahwin dah lali dahhh...ni apa ke hal lalut citer dari bab bisnes kona sampai sini?? gasakkkkkk


hahahahahah anak buah sy kata kalo sy masuk AF sure tagline sy gasakkkkkkkk. gasakk la korang. ok tapi kalo balik kg sy bg det kat dia la..nanti apa kata mertua sy plak..dok pau duit anak dia ker??? heheheheheh org luar mana tau hal kita kan????


ok jiran sy dah bersalin ptg semalam. bby girl. hari ni dia kuar sepital balik umah ler. tadi masa sy kat opis hubby dia datang. terkejut sy tiba2 dia datang. sy syak mesti dia nak pinjam RM ngan sy. kenapa sy syak macam tu?? sebab 2/3 hari ni anak dia asyik datang umah minta pinjam pampers danish 2 keping pas tu minta 2 keping lagi. haiyoooo mati lah macam ni. sy budget pampers untuk danish giant pack tu cukup untuk sebulan. barang rumah semua sy beli budget untuk sebulan xcept biskut budak2 tu la dan beras. bulan posa beras cepat habis hehehehe. pas tu minta sabun basuh. adoi sekali dua x per la byk2 kali?? hangen jugak sy. masa ko ada duit ko x beringat asyik belanja jerrrrr. tengah2 bulan ko leh pi shopping almaklumlah ko dapat det hari2. so sekarang???


dengan muka sememeh dia minta nak pinjam RM50 dari sy. ya kesian pulak sy tgk dia. dia kata bil hospital wife dia RM 90++ jadik less lagi RM 50 . ok sy kata sy x ada sampai RM50 dlm purse sy ada RM 20 jerkk. sy bg juga pada dia. balance tu ko pandai2 cari lah. kenapa ko tak beringat simpan duit ko kan dah tahu bini ko nak beranak??? ishhhh ku jotos jugak depa ni. dia amik la duit tu. dia kata dia akan bayar balik hr isnin ni.claim dia masuk senin ni. ya entah ya entah tidak. lepas dia blah sy call suami sy en.atan. sy bg tau dia. dia gelak jer....besalah en.atan mana tau nak komplen tapi bila dia geram sekali kuar ayat dr mulut dia mau bernanah tinger...


pas tu sy bercerita pasal tu ngan bos sy. wahhh bos sy (philipines convert Islam) dgn murah hati hulur RM 50 pada sy. sedang kan dia x kenal pun jiran sy tu. dia bg atas dasar persaudaraan sesama islam dan dia percayakan sy. aduhh terima kasih CIK WAN. ok sy call jiran sy. soh dia mai amik duit. berdesssup dia sampai dan sy bg duit tu. dan sy minta balik RM 20 sy ..ye lah dah ko kata nak pakai RM50 apa hal ko nak sampai RM70. nanti penat ko nak bayar,.tu pun kalo ko bayar selalunya ko buat lupa jer...ini kena dgr citer en.atan yg masih geram pada dia till today. dan ya Allah dia kata dia nak RM60 sbb nak boh minyak keter..ok la amik la RM60 tu. senin ni ko bayar balik RM 50 tu. itu duit org bukan det aku . dia pun janji dia akan bayar balik det tu senin ni dan dia pesan jgn bg tau bini dia. what the?????? apa hal nih? ko x der duit ko pinjam merata pas tu ko kata jgn bg tau bini ko. alalalallalala suami isteri mana leh berahsia-rahsia...apa kes nih. dah x ada duit bg tau jer tak ada duit dn ko pinjam ngan si polan si polan. habis citer. buat apa nak sorok dan nak cover sbb mertua ko ada kat umah ko?? hello org tua dia boleh baca lahh cuma kadang2 dia org malas nak bising.


ini yg sy geram..dh berbuih mulut sy pesan pada bini dia..simpan duit -simpan duit sbb ko nak bersalin. nanti mesti pakai duit byk.nah sekarang???? bukan sy mengungkit tapi sy geram. sy bg tau en.atan pasal duit yg bos sy bg tu. en.atan gelak pas tu dia kata " sampai macam tu org tolong kalau x reti nak menghargai tu tak tau lah" sy suarakan kebimbangan sy. sy takut dia x bayar det tu dan wahh sy plak yg kena bayar..apa kesssssssssssssss



ps: gambar2 di atas tu layan jer la yerrrr

kampung ibu pun boleh

Ini sebahagian monumen bersejarah di tempat sy Kota Kuala Muda tapi kg
sy ialah Kg Bukit Meriam....


anak2 bertanya pada sy. tahun ni balik kg tak untuk beraya?? jawab saya..tahun ni kita tak balik. kita beraya di sini saja. sebab thn ni giliran abah kena kerja.

"kita balik kg ibu lah" kata anak sulung sy.

"kita raya sini saja. kesian abah raya sorang2...lepas raya kita balik lagi pun tok wan nak operate mata ok"



yaa bukan saya tak mau balik kg sy. tapi kalau sy balik..kemana hala tuju saya. rumah siapa sy nak tumpang berteduh untuk sambutan hari raya??? rumah arwah mak a.k.a tok sy pun dah kena runtuh. sbb tak ada org nak duduk dan rumah tu sendiri pun dah reput. sy sendiri sudah hampir 11 thn tidak pulang ke sana. bukan tidak pulang langsung, balik sekejap untuk menziarah kakak angkat sy. itu pun dlm masa yg singkat dan mmg tidak sempat nak beramah mesra dgn kg sy. saya rasa jika kakak angkat sy pindah lepas ni, nampak gayanya lagi tidak balik lah sy ke kg sy.



byk kenangan pahit manis sy di kg tu. tapi lebih kepada pahit sy rasa. tu pasal sy malas nak balik kg sy tu. tapi tempat jatuh lagi kan di kenang ni kan pulak tmpt bersekolah, membesar dan bermain. mesti lah kita akan ingat. dan lagi kubur arwah mak a.k.a tok sy di sana. tapi anak2 sy cuma kenal dan mesra dgn kg abah jer. ya lah semenjak kahwin sampai sekarang kami hanya pulang ke kg abah. jadi depa tak tau mana kg ibu. ah budak2 kalo di ceritakan pun depa x kan paham.

entahlah bila di pikirkan suka duka sy masa kecik dan karenah org2 kg..sy jadik pahit tiba2. sy jadik meluat tiba2. w/pun sy masih bersekolah rendah sy dah paham..pandangan jijik dan benci org pada sy hanya kerana sy org susah. tambah lagi bila sy dah sekolah menengah. lagi sy paham. jadik untuk apa sy perlu pulang? dah untuk apa? adakah sy berdendam?? ya mungkin juga, tapi dendam sy dendam di dalam diam...protes sy protes dalam diam..dgn tidak balik ke kg itu. tapi sy rasa tidak ada yg kisah pun . pada bulan yg mulia ni sepatutnya perasaan dendam tu jgn ada..tapi sy manusia biasa. biar lah sy nama sy menjadi sebahagian kenangan pada kg tersebut.

jadi pada anak2 sy..satu hari nanti sy akan citer pada depa kenapa sy tak mau balik kg sy...satu hari dimana depa akan paham makna kehidupan ini yg macam rojak ada rasa suka duka, pahit manis, hilai tawa..sedih tangis......

Semangat kental Ibn Battutah perlu dicontohi


NIATNYA cuma mahu mengerjakan haji di Tanah Suci, namun tanpa disangka-sangka perancangan itu yang membawanya mengembara sejauh 120,000 kilometer merentasi 44 negara dalam peta moden dunia selama 29 tahun. Siapa sangka, Ibn Battutah yang dianggap sebagai 'Tokoh Pengembara Islam Teragung' mampu mencatatkan rekod itu dengan hanya menggunakan pengangkutan laut dan darat, lebih-lebih lagi dalam keadaan serba kekurangan pada kurun ke-14.
Malah, pencapaian beliau jauh lebih baik daripada tokoh pengembara Barat, khususnya Marco Polo dan Christopher Columbus yang sering diperkatakan kehebatan mereka dalam sejarah dunia.
Makam Ibn Battutah di kampung kelahirannya di Tangier, Maghribi.
Lebih membanggakan, Ibn Battutah meninggalkan kampungnya di Tangier, Maghribi pada 1325 SM untuk memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun dan kembali ke tanah airnya apabila usianya mencecah 50 tahun dalam keadaan sihat. Sedangkan, dalam pengembaraannya beliau nyaris menemui ajal akibat pelbagai insiden, termasuk penyebaran wabak misteri, Black Death, di seluruh dunia yang hampir melenyapkan spesies manusia.

Lima perkara lelaki patut buat sepanjang Ramadan

1. Lebih banyak bersabar! Moga ibadat puasa dalam bulan penuh keberkatan ini dapat mendidik lelaki sentiasa bersabar dalam apa saja yang dilalui.

2. Kurangkan lepak! Jika sebelum ini lelaki suka lepak selepas kerja, harap-harap dalam bulan puasa ini, elak daripada membuang masa tanpa tujuan. Lebih berkat masa diisi dengan mengerjakan solat sunat tarawih secara berjemaah. Jika tidak mampu sempurnakan 20 rakaat, lapan rakaat pun memadai.

3. Banyakkan beramal. Ambil peluang menggandakan amalan dalam bulan Ramadan, misalnya membayar zakat. Bagi yang bekerja, boleh juga membantu ibu bapa dan keluarga membayar zakat.

4. Temankan wanita membeli belah. Lelaki mungkin kurang gemar menemankan wanita membeli belah tapi apa salahnya pada Ramadan ini, luangkan masa menemani ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau keluarga 'shopping' untuk keperluan Ramadan mahupun Syawal. Lebih baik lagi jika lelaki membantu membayar kos perbelanjaan itu...

5. Cubalah berhenti merokok! Bagi lelaki yang merokok, gunakanlah kesempatan Ramadan untuk meninggalkan tabiat buruk itu. Kalau boleh tidak merokok sepanjang siang selama 30 hari, kenapa tidak diteruskan saja? Pelik lah...