Tuesday, September 9, 2008

alahai anak bangsa ku

tadi ada sorang anak muda melayu usia 23thn datang minta kerja.muda lagi kan? jadik sy bg form untuk dia isi kan butir peribadi dia. tp yg sedihnya simple english dalam application form tu pun dia tak tau. asyik tanya saya. akhirnya sy yg fiil up form tu. adoii bukan nak dabik dada kata sy ni pandai BI atau apa. tapi kena la celik2 sikit2 BI ni. bila sy tanya pada dia tahap pendidikan dia. dia kata cuma setakat form 3. aduhhhhh..sekarang ni semua nak ijazah la, diploma la...sekurang-kurangnya SPM. Sedih sy dengan keadaan anak muda sekarang. suka ambil mudah!!!

sy berpesan pada luqman belajar sungguh2. bukan belajar pandai2. kerana semua org pandai cuma ada yg bersungguh dan ada yg sambil lewa. jadik sy pesan pada dia, dia harus belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan dia yg pasti akan mencabar.

luqman bg tau sy dia nak jadik macam abah nya. chef. ok sy kata. sy tak halang..tapi dia perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita2 dia. masuk ke institusi yg berkenaan untuk merealisasikan cita2 dia. luqman jadikan abahnya sebagai idola bukan chef wan atau mana2 chef. hahahahaha kata nya abah masak yg paling sedap??? dan ibu??? oh semestinya

menu semalam.....

semalam suami off. tapi sy geram sbb bila sy balik dia tidoooo. aduhhhh gerammm. kurang lah pahala puasa sy. dgn umah yg tunggang langgang...

sy plan nak masak. so nak kena ke market lah. tekak ni x de selera ngan makanan kat pasar ramadhan tu. tp sy merajuk x mo masak apa2. geram punya pasal kan. tapi fikir anak yg posa tu kesian la pulak. jadinya kol 5.30 tu baru ke pasar beli ikan, sayur dsbnya, dan suami la yg drive. heheheheheh suami mmg macam tu kalau dia ada kat rumah mmg dia yg akan drive dan x kira sy muncung ke idak dia akan ikut sama.

kol 6.23 balik ke rumah dan...pulun masak. mujur suami nak tolong dan masa tu terus sejuk dah mood sy.
dan menu semalam...sayur kailan goreng belacan, temenung goreng, kerabu pucuk janggus, dan ayam goreng segera tu. ini abang yg request. kami berbuka dgn berselera sekali dan danish jugak

danish??? hari ni dia main bawah meja makan dan tiba2 si kakak menjerit " ibu adik buat projek" adoiii budak kecik ni time2 ni dia nak buat projek dia.
"biarlah kakak... x bau lagi dan ibu nak makan ni" hahahhaha sebenarnya saya saja makan lambat2 sbb nak bg abah yg cuci......

sms...

semalam sy dapat sms. dari x opismate dulu. mmg sy tak simpan no hp dia...dan dia pun dapat no sy dr kawan jugak. mesej dia macam ni

"assalamualaikum kak ta. selamat posa.Is there any vacancies yg ang ada dgr x?"

ok tmpt sy mmg x ada vancancies. maklumlah site office jer. mula tu mmg company nak amik lagi sorang staff. tp memandangkan takut ada yg masuk dan cabut lepas tu jadik dia org offer pd sy untuk buat 2 kerja dan of coz dia org bg allowance kepada sy untuk xtra keje. ok sy terima. so far sy boleh handle ke2 kerja. jadik mmg x ada vacancies lah. kat tempat lain tu mmg sy tak tahu. kat tmpt keje suami pun x ada jugak.
jadi sy reply balik mesej tu" kalau ada i bg tau u ok"

terus terang sy malas nak tolong org cari keje. bukan apa takut nnt depa keja x lama. dan sudah tentu sy akan rasa malu jugak. dan sy heran kenapa org suka melompat-lompat kerja. maksud sy tak nak kerja satu2 tempat dgn tempoh yg agak lama. apa salah kalau kerja satu2 tempat tu kumpul pengalaman. jangan terpengaruh dgn tawaran gaji yg lebih seratus dua...kerana belum tentu kita akan serasi dgn tempat baru