Monday, August 25, 2008

mesti beli buku ni..




HIJAB SANG PENCINTA

Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Halaman: 520
ISBN: 978-983-124-385-5

Sinopsis:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


--------------------------------------------------------------------------------






* BORANG LANGGANAN TRIONOVEL OGOS


Tinta Penulis:


RAMLEE AWANG MURSHID penulis prolifik Alaf 21 muncul lagi melengkapkan trilogi Bagaikan Puteri – Hijab Sang Pencinta. Kisah Laksamana Sunan kali ini adalah noktah yang merungkaikan segala persoalan yang ditinggalkan dalam episod kedua, iaitu Cinta Sang Ratu. “Ini adalah episod terakhir yang mengaitkan Saifudin, Haryani dan Dani. Ini adalah noktah bagi cerita yang bermula daripada episod pertama. “Bagi saya... Saifudin atau Laksamana Sunan merupakan satu watak yang disukai pembaca. Saya menghargainya,” jelas Ramlee sambil menarik nafas kelegaan. Pada kesempatan bertemu dengan Ramlee, wartaweb Alaf sempat bertanya mengenai novel baru karya Ramlee mengukir senyuman, sesekali menggaru dahi. “Mikhail.” Ringkas Ramlee mengulas. Apabila ditanya mengenai sinopsis, Ramlee menjawab, “Seorang lelaki yang lahir pada 29 Februari... tahun lompat. Lelaki ini menyambut hari lahir empat tahun sekali. Dia seorang pembunuh, tapi bukan pembunuh upahan mahupun bersiri. Tidak juga bersifat sadis. Namun, apa pun tafsirannya... lelaki ini tetap seorang pembunuh kejam. Pada suatu ketika, pembunuh ini telah jatuh cinta pada sasarannya,” ulas Ramlee tanpa mahu merahsiakannya lagi.



ya Ramlee Awang Murshid ni novelis favourite ibu. Buku baru dia dah kuar so next week ibu akan pergi beli buku ni.

malasnya....

semalam dok kat umah jer. nak masak gas habis. abah gi keja. so x masak apa2 lah. jadik buat sandwich jer untuk bekpes dan lunch. gasakk wakakakakakkaaka. tp pening kepala la pulak x leh nak masak moi untuk danish. abg dan kakak makan coco crunch pun x kisah dah. jadik?????

hahahahahahaha ibu blend jer coco crunch tu bg hancur pas tu campur fresh milk tu habis citer. danish pulun sampai licin. suka bebenor dia atau mgkin dia laparsgt. danish kalo lapar mmg x leh tahan. dia nangis tu x tau lah..bg susu pun x mau. mmg dah tau la dia lapar. suap jer makanan diamla dia. baguss betul...

pas tu abg ajak ibu kemas kawasan umah bg nampak clear.sebab nak sambut pose. bagus betul anak bujang ku ni. jadik ibu, abg dan acik gotong royong kemas kat backyard dulu. brg2 lama yg x guna tu kami masukkan dlm plastik sampah. ikat kemas2 dan tinggal untk abah buang kat tempat sampah. jadik backyard kami dah nampak kemas dan cantik.bila abah tgk dia kata..hah dah boleh tanam sayur nih. heheheheh bunyi cam perli ibu ja..ya lah ibu dah lama beli benih sayur tapi x semai pun. alasan??? x der masa...ya lah dah balik keje nak wat keje umah lagi, masak la apa la. so mana nak sempat. hehehehe harap maklum yer. tp plan nak tanam tu mmg ada, nak2 bila tgk backyard tu dah clean lagi bersemangat.