Friday, September 12, 2008

puasa..kenapa tak puasa....

PUASA

Definisi
Menahan diri daripada makan dan minum termasuk perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sidik sehingga tenggelam matahari.

Kategori Puasa
Ø Puasa Fardhu/Wajib - Bulan Ramadan, Puasa Qada' & Nazar.

Ø Puasa Sunat - Puasa enam (Syawal selepas Hari Raya Aidilfitri), puasa pada hari-hari yang ditetapkan seperti Khamis dan Isnin.

Ø Puasa hari 9-10 bulan Muharram

Ø Puasa pada hari "aman" - 13/14/15 setiap bulan kecuali Zulhijjah.

Ø Puasa pada hari Nisfu Syaa'ban - sebagai latihan "pra-Ramadan"

Syarat Wajib
Islam, Baligh, Mumaiyyiz, Berkemampuan/kudrat (untuk berpuasa)


Ok kenapa dgn entry di atas. salah seorang bos saya adalah philipino. tp dah convert Islam dan dah berumahtangga pun. dah 14 thn atau mungkin lebih, dia convert bukan sbb nak kahwin..tapi hidayah Allah SWT. Bekerja di tapak projek ni bg yg dalam opis tu ok lah. tapi yg kat luar tu mungkin x tahan dugaan.

malu sy dgn bos sy yg sorang ni. ada pekerja muslim yg tak puasa pi makan selamber jerk di kantin. sekali dgn non-muslim. ko bayangkan apa ko rasa bila tgk macam tu. marah ada malu pun ada. kalo ko x puasa pun ko cover la. mkn kat tmpt yg tertutup. ini??? apa punya pesen ni? kira ko rasa ko hebat ker? bos sy mmg marah..dia kata org ini mempermainkan agam..tidak ada respect langsung. hah amik ko. jawab....ishhh.kalau nak ikut cuaca redup jer..tapi tu lah..diri masing2...

0 yang turut berpot-pet: