Saturday, September 20, 2008

cerah tapi......

semalam sy ke pasar ramadhan. beli sup dan ikan keli masak cili. favourite en.atan dan anak2. selepas beli apa yg dah kami plan tu kami jalan2 kejap.cari kuih favourite abang. tiba2 sy terperasan..ada 2/3 org mungkin lebih yg kulit muka nya cerah tapi leher dan bhgn lain tone nya lain. kenapa erk?? owhhh depa pakai pemutih kulit or muka la tu. ishhh sy nampak kulit muka tu macam dah nipis. dah nampak urat2 biru kat pipi dan merah semacam jer. ishhh takut pulak sy tengok. ini pandangan sy ok.



mmg sy tak pernah pakai apa2 di muka sy.w/pun byk iklan pasal produk kecantikan wajah tapi sy tak pernah tertarik untuk mencuba. entah kenapa sy tidak teruja. kulit sy tidak bermasalah cuma berminyak. cukup lah sy pakai pencuci muka untuk kulit berminyak. sapu compact powder sikit , calit lipstik sikit nah melangkah la saya ke opis. bukan sy tidak mampu untuk membeli produk2 tu cuma sy takut dan sy tidak percaya ttg keselamatan satu2 produk2 tersebut. adakah sudah mendapat kelulusan kementerian kesihatan? adakah logo kementerian tu betul atau palsu? dan macam2 andaian lagi yg ada dlm minda sy. bukan produk kecantikan bersepah-sepah sekarang ni? yg jadik pembantu saloon pun dah mampu keluarkan produk sendiri. logik ker tu.
hari tu sy ada baca ttg satu produk kecantikan yg berasaskan buah manggis. tergelak besar saya . manggis tu kan bermusim..jadik macam mana pengeluar nak amik bekalan? jadik apa bahan yg di taruh kemudian di katakan berasaskan manggis???

tepuk dada tanya lah kehendak hati, jgn sampai memudaratkan diri

0 yang turut berpot-pet: