Tuesday, September 9, 2008

alahai anak bangsa ku

tadi ada sorang anak muda melayu usia 23thn datang minta kerja.muda lagi kan? jadik sy bg form untuk dia isi kan butir peribadi dia. tp yg sedihnya simple english dalam application form tu pun dia tak tau. asyik tanya saya. akhirnya sy yg fiil up form tu. adoii bukan nak dabik dada kata sy ni pandai BI atau apa. tapi kena la celik2 sikit2 BI ni. bila sy tanya pada dia tahap pendidikan dia. dia kata cuma setakat form 3. aduhhhhh..sekarang ni semua nak ijazah la, diploma la...sekurang-kurangnya SPM. Sedih sy dengan keadaan anak muda sekarang. suka ambil mudah!!!

sy berpesan pada luqman belajar sungguh2. bukan belajar pandai2. kerana semua org pandai cuma ada yg bersungguh dan ada yg sambil lewa. jadik sy pesan pada dia, dia harus belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan dia yg pasti akan mencabar.

luqman bg tau sy dia nak jadik macam abah nya. chef. ok sy kata. sy tak halang..tapi dia perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita2 dia. masuk ke institusi yg berkenaan untuk merealisasikan cita2 dia. luqman jadikan abahnya sebagai idola bukan chef wan atau mana2 chef. hahahahaha kata nya abah masak yg paling sedap??? dan ibu??? oh semestinya

0 yang turut berpot-pet: