Saturday, September 27, 2008

selamat hari rayaaaaa

salam aidilfitri buat semua yg sudi baca blog sy nii. sy dah start bercuti sampai la 3hb. hihihih kejap jer. sok nak balik kg dahh...


ok selamat hari raya maaf zahir batin dari sy sekeluarga...

hangen satu badannnn

pantang betoi sy org suka wat keje last minit nihhh. adoiii. gerammm. tapi dah keje nak wat cam na kan. layan jerr. tapi muka tu mmg dah masam cam asam boi or asam ko la org kedah kata. muahahahahahhahaha.

apa yg saya bebel kan nih?? nih pasal staff yg baru nak isi leave form. apa ke hal nyer yop ko tak isi awai2. pening pala ku ini. yg sebenarnya malas nak layan sbb dah mood raya...harap maap yerrr.

dan sy kerap beletiaq jugak kat en.atan. dia pun suka wat keje last minit. dah pesan berbuih mulut2 tapi x jugak dia wat. bila dah nak terberak tu baru dia kalutt. habihh bini dia pun pot pet pot pet la cam radio Era tu . hihihihihii.

yer la apa salahnya kalau plan awal2 kan senang , x kalut. dan x gopoh gapah??apa laaa

bodek ler tak layan nyer diaaa


waaaa semalam sy bodek2 en.atan sy tak mo balik kg. tapi idak di layan nya saya. huh sedih nyaa. tapi sebagai isteri yg menurut kata cewaaaahhhhh sy akan balik kg jugak. ok lah abah..ibu ikut kata2 abah. ibu balik kg.


tapi sy tak bg tau sorang pun kat anak2 sy yg kami akan balik kg. saja buat suprise ekekekekekekeke. ok ler tu kan...kat mertua di kg pun sy tak bg tau. suprise sungguh.


Friday, September 26, 2008

kena balik kg jugakk

tak tau cam na perasaan nih. en.atan soh kami 5 beranak balik kg jugak. dia kata kesian kat tok dan tok wan budak2. aduhh en.atan x kesian kat sy ker?? sy tak pernah berenggang ngan en.atan. dah hampir 9 ton kawin tapi x pernah berenggang. dia akan hantar kami balik ahad ni. pas tu hari ry ke 2 kami balik la kerumah.



w/pun kejap tapi aduhaii rasa semacam dan sesuatu la. agaknya ini yg VP the pinky rasa agaknya masa hubby dia o/station. dan yg paling riso sekali youhanees tu, dia kan close bangat ngan abah dia.tido pun nak mencelah ngan abah dia. nih nak balik kg ni x tau la macam mana. tercari-cari abah dia agaknya.



cam nan sy nak bg tau en.atan yg sy tak mo balik kg, sy nak beraya ngan dia w/pun boring kat sini dan dia keje...



yg penting kami sekeluarga bersatu dan bersama...penting tuuuu

Baby tercekik

Semalam adalah malam yg mengerikan bg kami sekeluarga. Terutama kepada sy dan en.atan. Memang ngeri. Ok saya cerita.

Sy pergi ambil en.atan balik kerja dalam pukul 9 pm. Sy hantar kereta kawan dia dan kami balik ke rumah dgn motor jer. Lepas singgah beli barang sikit dan merayau sana sini kami sampai kerumah dah hampir jam 10pm. lepas letak danish ..sy ke dapur nak bersih kan pinggan , kemas dapur sikit. En.Atan pula nak makan nasi. Sy tak perasan si danish ikut sy di belakang. Sedang sy sibuk nak bersihkan pinggan dalam sink tiba2 sy terpandang danish. keadaan dia?? reaksi mukanya mcm menangis tapi suara tak keluar langsung. sy tunjuk pada en.atan. en.atans segera mendapatkan danish dan muka dia dah biru. kami berdua panik. kami panggil2 nama dia tapi x de reaksi. tiba2 mata nya putih dan dia dah jadik lembik. sy dah x tau nak buat apa. sy panik . sy goncang2 badan dia. senyap!!!. en.atan pusing kan danish dan tepuk2 belakang dia...kemudian en.atan korek mulut dia. takut ada benda yg tercekik. dan baru lah dia bersuara....tapi suaranya lemah.. en,atan suruh sy korek lagi mulut dia..tapi x ada apa yg keluar. jadik kami nak bawak dia ke hospital tapi kereta masuk workshop. sy dah blurrr terusss. mujur en atan tak panik macam sy. dia call kawan di tempat kerja dia dan kami ke hospital dgn kawan dia.

Lepas check dan x-ray Alhamdulillah tak ada apa dlm tekak dia. doktor tanya sy ada bg dia minum apa2 tak. ya sy bg dia minum air lepas dia bersuara tu. doktor kata mungkin benda yg dia makan tu dah larut dgn air. Alhamdulillah.

Jadik sy ingin berpesan kepada ibu2 yg lain dan kepada diri sy sendiri:

1. jangan sesekali tinggal kan anak di bawah usia 2 thn tanpa pengawasan org dewasa. Dalam kes danish sy yg lalai. sbb sy tggal kan dia tanpa pengawasan kerana sibuk nak buat kerja rumah, sy tidak tahu apa yg dia kutip, masukkan dlm mulut dia kemudian telan. masa muka dan mulut danish biru dan dia senyap sy dah terdetik dlm hati apa kah sy akan kehilangan danish.

2. jangan panik. sy mmg panik semalam. yg saya tahu panggil nama danish goncang badan dia. kalau tak ada en.atan tak tau la saya.

3. pastikan tak ada sebarang benda atas lantai. kerana budak2 kecik mmg suka mengutip masuk dalam mulut kemudian telan. sbb semalam sy mmg tak menyapu rumah lagi ..alasan? letih...dan sbb alasan tu lah ...apa yg dah jadi pada danish.

4. harus ada basic CPR or rawatan kecemasan. itu penting . knowledge sy ttg ni zero. dan lepas ni sy akan belajar dan ambil tahu pasal ni. sbb kejadian ngeri pasal semalam pasti sy akan igt sampai bila2.

Thursday, September 25, 2008

my dear wife


My Dear Wife...


A husband wrote the following note to his wife and left it on the dining room table:


'To My Dear Wife:


You will surely understand that I have certain needs that you, being 54 years old, can no longer satisfy. I am very happy with you and I value you as a good wife. Therefore, after reading this letter, I hope you will not wrongly interpret the fact that I will be spending the evening with my 18-year-old secretary at the Comfort Inn Hotel. Please don't be upset. I shall be back home before midnight.



'When the man came home late that night, he found the following letter on the dining room table:

'To My Dear Husband:


I received your letter and thank you for your honesty about my being 54 years old. I would like to take this opportunity to remind you that you are also 54 years old. As you know, I am a math teacher at our local college. I would like to inform you that while you read this, I will be at the Ritz Carlton with Michael, one of my students, who is also the assistant tennis coach. He is young, virile and like your secretary, is 18 years old. As a successful businessman with an excellent knowledge of math, you will understand that we are in the same situation, although with one small difference; 18 goes into 54 a lot more times than 54 goes into 18. Therefore I will not be home until sometime tomorrow! Have a good night!








Wednesday, September 24, 2008

payment dan duit raya

Ini duit raya yg bos bagi tadi. Tak sangka nak dapat duit raya. Alhamdulillah. w/pun duit kertas singgit2 tapi bila di kira jumlahnya RM100 yahoooo rezekiiii...





payment katering ari tu dah dapat. dah selamat di bank in pun dalam my acc. alhamdulillah rezeki.



hadiah raya




cincin tu hadiah raya dr kawan sy. jiran depan umah. cantik kan?? erkk abaikan tgn gumuk itu yer. sy dah pakai cincin itu ke opis ari nih. tak sabar ooooo dan lagi kalo tinggal kat umah sure anak dara sy yg sibuk menerai nihhh

Saturday, September 20, 2008

kaca...

yg dalam bulatan tu serbuk kaca. hablur ja. erkk betoi ka? dah byk hari sy terpijak kaca tu. sy dah buang. tapi masih sakit lagi. bila sy tekan kat tempat sakit tu tak kuar apa2. tapi bila pijak masih rasa sakit lagi. pagi ni sy korek2 kaki sy lepas tu sy tekan,kuar macam nanah la sikit. lepas tu sy lap ngan tisu nahhhh ..ada la serbuk kaca kat tisu tu. patut la kaki sy sakit lagi sbb kuar tak habih . nih anak sy punya keja la ni. bg pecah pinggan. adoii letih. kat umah sy x pakai pggan kaca. kami pakai milamine ja. tapi ada la sebiji dua pggan kaca tu sesat.


lepas ni sy kena simpan semua pggan tu. membahayakan betulll

apa yang ada dengan nama


semalam lepas berbuka. sy dok melayan si kecik danish tu. dia tak berapa sihat. selesema dan batuk. tiba2 abg tanya pada sy

"ibu pasai pa ibu pangge adik nish dot?"

tergelak besar sy dengar soalan abg. ya kenapa yer? anak2 sy ada nama manja yg tersendiri. sy jer yg pangge depa dgn nama tu. tah rasa cam comei sgt nama tu. abahnya tak layan langsung. besalah dah nama pun kaum bapak. benda2 remeh cam ni bukan nak di layan sgt.


'saja ja. ibu suka pangge nama tu. abg dulu pun ada jugak nama manja "


dulu abang sy pangge : maqman tos,

anak jiran sebelah pangge : maqman

sepupu dia pangge:dik man (dan kekal sampai sekarang)


abg chik sy pangge: chik ot


kakak sy pangge:yah nanes, wakananees dan mek tet. (panggilan mek tet tu glamer dalam keluarga kami sbb kalau dah geram sgt abg2 dan abah nya pun pangge mek tet)


danish: nish dot, pidot dan mat nish


tapi mujoq panggilan nama tu sy jer yg panggil .itu pun kadang2. kalo suma org ikut wahh kesian anak2 sy. biar nama2 glemer tu jadi kenangan pd anak2 sy bila depa dewasa kelak.


hujan oh hujan








hujan yang turun bagaikan mutiara



berkilau bersinar berkerdipan



subur menghijau bumi terbentang



dan bayu berpuput lembut







cinta yang bersemi



di waktu hujan turun



menyirami ketandusan hati



dan hujan turut mengiringi



engkau pergi







selembut hujan bercurahan



begitulah cinta ini



semesra bumi yang disirami



begitulah hati ini







hujan yang turun bersama airmata



bersama pedih bersama rindu



kau datang dan kau pergi jua



rindu lagi



pic ujan depan opis saya.

cerah tapi......

semalam sy ke pasar ramadhan. beli sup dan ikan keli masak cili. favourite en.atan dan anak2. selepas beli apa yg dah kami plan tu kami jalan2 kejap.cari kuih favourite abang. tiba2 sy terperasan..ada 2/3 org mungkin lebih yg kulit muka nya cerah tapi leher dan bhgn lain tone nya lain. kenapa erk?? owhhh depa pakai pemutih kulit or muka la tu. ishhh sy nampak kulit muka tu macam dah nipis. dah nampak urat2 biru kat pipi dan merah semacam jer. ishhh takut pulak sy tengok. ini pandangan sy ok.



mmg sy tak pernah pakai apa2 di muka sy.w/pun byk iklan pasal produk kecantikan wajah tapi sy tak pernah tertarik untuk mencuba. entah kenapa sy tidak teruja. kulit sy tidak bermasalah cuma berminyak. cukup lah sy pakai pencuci muka untuk kulit berminyak. sapu compact powder sikit , calit lipstik sikit nah melangkah la saya ke opis. bukan sy tidak mampu untuk membeli produk2 tu cuma sy takut dan sy tidak percaya ttg keselamatan satu2 produk2 tersebut. adakah sudah mendapat kelulusan kementerian kesihatan? adakah logo kementerian tu betul atau palsu? dan macam2 andaian lagi yg ada dlm minda sy. bukan produk kecantikan bersepah-sepah sekarang ni? yg jadik pembantu saloon pun dah mampu keluarkan produk sendiri. logik ker tu.
hari tu sy ada baca ttg satu produk kecantikan yg berasaskan buah manggis. tergelak besar saya . manggis tu kan bermusim..jadik macam mana pengeluar nak amik bekalan? jadik apa bahan yg di taruh kemudian di katakan berasaskan manggis???

tepuk dada tanya lah kehendak hati, jgn sampai memudaratkan diri

Friday, September 19, 2008

ok ok saya emosional

ok ok sy emosional yer. emo sesangat sekarang ni. air mata ni leh tumpah bila2 masa jer. sy cukup benci menangis sbb bila nangis ja sy suka sakit kepala . sebab tu sy tahan. puncanya??? ok tadi sy baca topik kat forum "kehilangan org yg tersayang semasa nak sambut raya" lebey kurang macam tu la tajuknya. sy pun mencelah.

tiba-tiba sy emo. sebab dah 31 thn sy beraya tanpa mak sy. arwah mak sy dah kembali kepada yg MAHA KUASA masa sy kecik lagi time tu. sy tak ingat macam mana rupa mak sy. sy tak ingat langsung. dan yg sedih tak ada pic mak sy langsung yg sy nak tgk. dan dah 31 thn sy tak pernah jejak kaki ke kubur mak sy. sbb nya saya tak tau kat mana kubur mak saya. habih macam mana tiap pg raya or hari2 lain sy nak ziarah kubur mak sy? dalam ghairah nak sambut raya, nak beli pakaian baru untuk anak2 sy terlupa pada arwah mak. anak apa sy ni. mujur sy masuk forum, kalau x lagi sy lalai.

Ya Allah..sesungguhnya DIA yg mengetahui apa yg tersirat dan tersurat dlm hati ini. Permudahkan lah segala urusan ku ini ya Allah.

bonus oh bonusss

yahh sy akan dapat bonus. sukernya. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yg diberikan ini. ishh raya ton ni ada det xtra lah sy. macam2 dah plan dalam pala otak ni. chuppppppppp plan saja yer dan sy takkan habis kan det bonus saya tak tentu hala nooo. sy dah plan nak simpan je det itu dalam tabung haji sy dan anak2 dan ASB saya. hehehheheeheh kalo byk nanti sy akan kuarkan dan pi melancong. cehhh x der maknanya jugakkk ekekekekekkeke.
tak pa yg penting sy simpan dulu . pueh hatiii.

en.atan kata....raya2 org pi kuarkan det nak berbelanja sy pi simpan pulak. hehehehehe org lain i tak kisah tp i ..i nak simpan. .lagi pun raya ton ni kan kami beraya kat sini. jadik x de benda nak beli sgt. buat kuih serba sedikit dah la. lain la kalo beraya di kg..pasti duit kuar cam ayor paip jer. dan lagi bila balik umah mertua sy, macam2 sy nak beli untuk depa w/pun kdg2 sy perang dingin ngan MIL sy. heheheh besalah sy ni mulut jer jahat tapi hati baikkk (cewahh angkat diri sendiri) tak cayo tanya en.atan yerrrr

Thursday, September 18, 2008

detective conan








semalam masa tggu time nak berbuka puasa. abg macam biasa lah yer layan katun. ya betul kat umah tu anak2 sy dah cartoon maniac yer. remote kat tgn depa ja. siangnya shift sorry yer jgn kaco..kalau malam baru la shift ibu dan abah. tu pun malam kdg2 kalo sy bz nak buat keja umah..depa yg konker jugak. tp anak2 sy ni bab bergaduh boleh tahan. bgchik dia macam lalang kejap side abg kejap side adik dia si kakak tu. kira sapa boleh bg benefit pada dia maka dia masuk sebelah org tu la. tapi bila bab tgk cartoon semua sehati sejiwa..suka benda yg sama. adik beradik ..air dicincang tak akan putus kan??




ok semalam nya citer, masa ngah dok layan katun tu..tiba2 si abg bertanya pada sy


"pasai apa ibu suka citer detective conan"


"sebab best..lagi pun conan tu comeiii" jawab sy.


ya kenapa sy suka citer detective conan? sbb citer tu kan kisah penyiasatan. sy kan fanatik citer2 macam tu. dr sekolah rendah sampai la dah anak 4 ni sy masih suka genre citer penyiasatan ni. nak buat macam mana dah minat. sama la dgn citer detective conan ni, sy layannnn...sama naik dgn anak2 sy.




dulu masa sekolah rendah dan menengah berulang kali sy baca citer Nancy Drew, Hardy Boy. Enid Bylton.sy tak jemu baca berulang kali. sikap suka membaca sy ni (cewah poji diri sendiri) yg ikut cuma si kakak. dia mmg kalut kalau sy beli magazine ka buku ka. dia yg nak baca dulu.w/pun baca dia cuma tgk gambar..ok lah tu .




pasti akan rindu

hari ni dah 18 hari berpuasa. bermakna ada lagi 12 hari. sedih betul . ramadhan akan berlalu x lama lagii. masa zaman budak2 dulu sure dok menghitung hari nak raya. tapi bila dah tua dan dah jadik ibu nih lain pulak perasaan tu. betul la raya tu hanya untuk budak2. hati ni rasa sayu jer. rasa lama lagi nak tggu ramadhan tahun depan. dan kalau panjang umur dgn izin Allah maka sempat la bersua ngan ramadhan lagi.

Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan

RamadhanKali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan

Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Wednesday, September 17, 2008

model ka apa ni tak tau laaa





kakak ni bila bab bergambar boleh tahan gedik dia nak2 bila abahnya ada. wahh makin menjadi..jeles pun ya jugak. x boleh tgk sy bersembang ngan en.atan mola la dia nak mencelahh. kalau en.atan pegang tgn sy ker, dok sebelah menyebelah masa tgk tv wahhhh darjah kejelesan dia tu mencanak jer naikkkk...kdg2 sy geram sy sakat dia...sy kata abahnya tak syg dia syg sy jer wahh leh meraung dia. yg tak tahan tu bila angin dia mai..masa nak naik keta sy kena dok belakang dia nak jadik mem abah dia.....sabor jer laaa mujo anak pompuan ku satu jer..kalau ramai x tau la den nak kato po..

menu semalam





yahh menu semalam so simple sgt. sy goreng ayam..yg dah ready made tu, beli ice-cream, ikan bilis dan kentang. dah tggl sy dan luqman jer yg berbuka. yg ber dua lagi tu enteprame jerrr.


balik umah sy goreng ayam, goreng ikan bilis dan kentang. masak nasik. buat air laice. habih itu jer menu berbuka semalam. simple jer. budak2 tu tak tau sy beli ice-cream..kalo x sure bgchik dan kakak kerjakan dulu. jadik balik jer rumah sy terus simpan ice-cream dlm ice box. waaaa bila dah sudah berbuka lepak tgk tv sy kuar kan ice-cream wahhh suma serbu..hehehehehehehheehe.



Tuesday, September 16, 2008

apa menu hari ni????

entahlah labu. apa menu sy hari ni? den dah buntu dah. rasanya balik nnt nak beli ayam yg ready made untuk goreng jer. abg mesti suka. yg lain tu minta abah tapau jer la. blurr dah apa nak masak dan malas nak pi market beli bahan mentah. sbb nanti pi melengung ja tgk ikan byk2 tu. lagi pun hari ni abah berbuka kat tempat keja dia..jadik esok kalo abah berbuka kat rumah mungkin den masak hihihihihihihih...boleh gitu???

yo la den ni bab masak2 tak ler pandai sgt. simple2 jerkkk. kalau nak masah luar biasa sikit refer resepi x pun somi den yg masakkk. dia kan pakar. jadik dah ada pakar so biar pakar jer la yg uruskan tak gitu???

baju raya dah siap yeyyyy




picca ni copy paste sajok yer. nanti bila sy pi amik baju sy upload pic kat sini yer

wah tadi kuar pi amik bgchik dan kakak balik sekolah. abahnya ada P&L meeting lak. balik tu sggh kat tailor jap. tgk baju dah siap ker belum. wahh dah siap dah..tapi sy tak amik ler lagi. tggu gaji lahhhh senang. tgh2 bulan ni baik pk nak makan dulu. hehehehehehehehe. kakak punya la seronok sbb baju dia dah siap. kakak ada 2 pasang baju kurung thn ni. seronok dia. biasalah anak perempuan mesti la lebeyyy sorang pulak tu.ishhh bunyi macam x adil jerrr....

my dream car


TIGGO SUV. Pojaan hati ku tu. huhuhuhuhuhu bila leh dapat nihhhh. bila? bila?bila?bilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, September 15, 2008

Andai ku tahu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…

Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…

Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…

Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….

Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu...


suka benar sy dgn lirik lagu kumpulan UNGU ni. bulan yg mulia ni lagi lah menginsafkan....

tatih danish tatihh

muka sedih ja ni sbb dia nak dukung sy buat tak tau jer



dah mula melangkah ..tapi melelong la....cam katun ja

ok berjaya capai sudu tu dan masuk mulut la apa lagiii


dah sampai kat acik dah..muka poyo acik yg baru bgn tidooo


ha amik ko dia gigit cover camera tu lapor ko nak???

danish dah cukup 10 bulan semalam. tgh dok gila stereng..gila berjalan la tu. sblm ni dia dah boleh menapak sikit2 tapi anak teruna kecik sy tu malas..balik umah asyik nak berdukung ja. tapi start semalam dia asyik nak berjalan ja. dah ada mood agaknya tu. sy pulak yg x sabar nak beli kasut dia la apa la. hihihihi biasalah dlm hal2 macam ni mak yg selalu over xcited ..bapa selamber jerrr . besa la tu kan kan kan kan kan kan

meja oqang baloq nak wat kejeee


ini ler meja oqang yg baloq nak wat keje...asyik nak mengulor jer...agak2 siapa kah itu..mari kita teka......

sapa betoii dapat sekupang yer....

bila asterokk dah pulih

semalam pi amik smart card baru kat gdex. hapa punya servis tak tau la. konon2 kawasan tmpt tinggai kami x dak servis tu . gila ker hapah...pulau ni kan nyer besar kocik jer. ok pi amik..nah amik tutup la plak. bila call dia kata sunday mmg off tp dia buka kol 2. okla kol 2 sy pi amik. tapi suami ku kena kerja .

kol 3 lebih tu pi la amik. panas2 drive keta mmg mencabar. x larat suma ada. balik umah dah letih. mmg letih smpai semalam x masak apa. nasi pun x larat masak. en.atan jer bawak balik suma. berbuka minum air jer sampai kenyang. apa pun x makan. hah amik ko letih sgtt.

ok tggu asterok x ok jugak. x pa la ingat senin pagi jer la nak call balik.rupa nya en.atan berjaga x tido sbb tgk tv. dia bg tau dalam kol 11 lebih tu dia nak tido. dia saja buka tb tgk2 dah pulih dah asterok tu. tu yg dia pulun tgk tb tu.jadik dia kejutkan sahur, makan sikit jer wat alas perut. abg pun macam tu jugak. lepas tu dua2 beranak sambung tgk tv. citer anak mami. lepas tu en.atan masuk tido kejap dan abang berjaga sampai pagi. dia tgk katun. ni yg sy geram nihhh. bila x ada asterok pun susah dan bila ada lagi susahhhhhh...


tadi call en.atan dia bg tau abg balik sekolah mengadu sakit kepala, dahaga semua ada. tu la selalunya lepas sahur dia tido balik. semalam dia sambung sampai masa pergi sekolah. hah tu alasan nak buka puasa la tu....

Saturday, September 13, 2008

bisnes oh bisnes..




saya rasa saya nak ajak en.atan xtive wat bisnes katering nih. mmg la letih sbb nak potong itu ini nak goreng itu ini. tapi hasilnya lumayan. dah 2x kami mendapat tempahan dari geopark hotel sempena majlis berbuka posa nih. hasilnya lumayan lepas tolak modal apa semua. mmg dari dulu lagi sy minat ngan bisnes katering nih. tapi sy jadik manager lahh yg masaknya en.atan dia kan pakar dlm bidang tu. hihihihihihi.


jadi sy nak ajak en.atan daftar niaga nanti. bila dah ada daftar niaga ni senang sikit nak minta loan ker apa ker. cewahh jauh perancangan sy kan? tapi x per la merancang dulu dan pelan2 la laksana kannya. lepas daftar niaga baru sy plan nak iklankan bisnes kami tu. strategi tu haruss ada. betul tak??? sy tau dah kalo sy citer kan ni pada en.atan suami ku itu wahh dia pakai men angguk2 jer..dan jawapan dia "ok". habihh. kalau org tak tau nampak cam sy ni yg monopoli umah tangga kami..tp sebenarnya tidak dah pesen dia macam tu . dia bukannya romantik, masa besday nak bg bunga ker apa ker. kalau sy nak satu2 benda bg tau dia dan dia kata ok pas tu dia bg duit opsss sebenarnya time gaji dia akan bg duit dia semua pada sy. huh kayo la makcik. tapi sy tak joli duit tu tidakkk...sy akan bahagi duit tu untuk bayar duit umah, keta, bby sitter, bil itu dan ini ...ada balance baru sy yg punya. sy bukan queen control tidak..cuma suami ku itu dia malas nak amik tau bab2 bil apa semua. yg dia tau dia dah bg duit jadik pandai2 la ko setelkan semua benda...janji duit cukup sampai ujung bulan,. huhu senang kan?? sy dah biasa..dah 9 ton kahwin dah lali dahhh...ni apa ke hal lalut citer dari bab bisnes kona sampai sini?? gasakkkkkk


hahahahahah anak buah sy kata kalo sy masuk AF sure tagline sy gasakkkkkkkk. gasakk la korang. ok tapi kalo balik kg sy bg det kat dia la..nanti apa kata mertua sy plak..dok pau duit anak dia ker??? heheheheheh org luar mana tau hal kita kan????


ok jiran sy dah bersalin ptg semalam. bby girl. hari ni dia kuar sepital balik umah ler. tadi masa sy kat opis hubby dia datang. terkejut sy tiba2 dia datang. sy syak mesti dia nak pinjam RM ngan sy. kenapa sy syak macam tu?? sebab 2/3 hari ni anak dia asyik datang umah minta pinjam pampers danish 2 keping pas tu minta 2 keping lagi. haiyoooo mati lah macam ni. sy budget pampers untuk danish giant pack tu cukup untuk sebulan. barang rumah semua sy beli budget untuk sebulan xcept biskut budak2 tu la dan beras. bulan posa beras cepat habis hehehehe. pas tu minta sabun basuh. adoi sekali dua x per la byk2 kali?? hangen jugak sy. masa ko ada duit ko x beringat asyik belanja jerrrrr. tengah2 bulan ko leh pi shopping almaklumlah ko dapat det hari2. so sekarang???


dengan muka sememeh dia minta nak pinjam RM50 dari sy. ya kesian pulak sy tgk dia. dia kata bil hospital wife dia RM 90++ jadik less lagi RM 50 . ok sy kata sy x ada sampai RM50 dlm purse sy ada RM 20 jerkk. sy bg juga pada dia. balance tu ko pandai2 cari lah. kenapa ko tak beringat simpan duit ko kan dah tahu bini ko nak beranak??? ishhhh ku jotos jugak depa ni. dia amik la duit tu. dia kata dia akan bayar balik hr isnin ni.claim dia masuk senin ni. ya entah ya entah tidak. lepas dia blah sy call suami sy en.atan. sy bg tau dia. dia gelak jer....besalah en.atan mana tau nak komplen tapi bila dia geram sekali kuar ayat dr mulut dia mau bernanah tinger...


pas tu sy bercerita pasal tu ngan bos sy. wahhh bos sy (philipines convert Islam) dgn murah hati hulur RM 50 pada sy. sedang kan dia x kenal pun jiran sy tu. dia bg atas dasar persaudaraan sesama islam dan dia percayakan sy. aduhh terima kasih CIK WAN. ok sy call jiran sy. soh dia mai amik duit. berdesssup dia sampai dan sy bg duit tu. dan sy minta balik RM 20 sy ..ye lah dah ko kata nak pakai RM50 apa hal ko nak sampai RM70. nanti penat ko nak bayar,.tu pun kalo ko bayar selalunya ko buat lupa jer...ini kena dgr citer en.atan yg masih geram pada dia till today. dan ya Allah dia kata dia nak RM60 sbb nak boh minyak keter..ok la amik la RM60 tu. senin ni ko bayar balik RM 50 tu. itu duit org bukan det aku . dia pun janji dia akan bayar balik det tu senin ni dan dia pesan jgn bg tau bini dia. what the?????? apa hal nih? ko x der duit ko pinjam merata pas tu ko kata jgn bg tau bini ko. alalalallalala suami isteri mana leh berahsia-rahsia...apa kes nih. dah x ada duit bg tau jer tak ada duit dn ko pinjam ngan si polan si polan. habis citer. buat apa nak sorok dan nak cover sbb mertua ko ada kat umah ko?? hello org tua dia boleh baca lahh cuma kadang2 dia org malas nak bising.


ini yg sy geram..dh berbuih mulut sy pesan pada bini dia..simpan duit -simpan duit sbb ko nak bersalin. nanti mesti pakai duit byk.nah sekarang???? bukan sy mengungkit tapi sy geram. sy bg tau en.atan pasal duit yg bos sy bg tu. en.atan gelak pas tu dia kata " sampai macam tu org tolong kalau x reti nak menghargai tu tak tau lah" sy suarakan kebimbangan sy. sy takut dia x bayar det tu dan wahh sy plak yg kena bayar..apa kesssssssssssssss



ps: gambar2 di atas tu layan jer la yerrrr

kampung ibu pun boleh

Ini sebahagian monumen bersejarah di tempat sy Kota Kuala Muda tapi kg
sy ialah Kg Bukit Meriam....


anak2 bertanya pada sy. tahun ni balik kg tak untuk beraya?? jawab saya..tahun ni kita tak balik. kita beraya di sini saja. sebab thn ni giliran abah kena kerja.

"kita balik kg ibu lah" kata anak sulung sy.

"kita raya sini saja. kesian abah raya sorang2...lepas raya kita balik lagi pun tok wan nak operate mata ok"



yaa bukan saya tak mau balik kg sy. tapi kalau sy balik..kemana hala tuju saya. rumah siapa sy nak tumpang berteduh untuk sambutan hari raya??? rumah arwah mak a.k.a tok sy pun dah kena runtuh. sbb tak ada org nak duduk dan rumah tu sendiri pun dah reput. sy sendiri sudah hampir 11 thn tidak pulang ke sana. bukan tidak pulang langsung, balik sekejap untuk menziarah kakak angkat sy. itu pun dlm masa yg singkat dan mmg tidak sempat nak beramah mesra dgn kg sy. saya rasa jika kakak angkat sy pindah lepas ni, nampak gayanya lagi tidak balik lah sy ke kg sy.



byk kenangan pahit manis sy di kg tu. tapi lebih kepada pahit sy rasa. tu pasal sy malas nak balik kg sy tu. tapi tempat jatuh lagi kan di kenang ni kan pulak tmpt bersekolah, membesar dan bermain. mesti lah kita akan ingat. dan lagi kubur arwah mak a.k.a tok sy di sana. tapi anak2 sy cuma kenal dan mesra dgn kg abah jer. ya lah semenjak kahwin sampai sekarang kami hanya pulang ke kg abah. jadi depa tak tau mana kg ibu. ah budak2 kalo di ceritakan pun depa x kan paham.

entahlah bila di pikirkan suka duka sy masa kecik dan karenah org2 kg..sy jadik pahit tiba2. sy jadik meluat tiba2. w/pun sy masih bersekolah rendah sy dah paham..pandangan jijik dan benci org pada sy hanya kerana sy org susah. tambah lagi bila sy dah sekolah menengah. lagi sy paham. jadik untuk apa sy perlu pulang? dah untuk apa? adakah sy berdendam?? ya mungkin juga, tapi dendam sy dendam di dalam diam...protes sy protes dalam diam..dgn tidak balik ke kg itu. tapi sy rasa tidak ada yg kisah pun . pada bulan yg mulia ni sepatutnya perasaan dendam tu jgn ada..tapi sy manusia biasa. biar lah sy nama sy menjadi sebahagian kenangan pada kg tersebut.

jadi pada anak2 sy..satu hari nanti sy akan citer pada depa kenapa sy tak mau balik kg sy...satu hari dimana depa akan paham makna kehidupan ini yg macam rojak ada rasa suka duka, pahit manis, hilai tawa..sedih tangis......

Semangat kental Ibn Battutah perlu dicontohi


NIATNYA cuma mahu mengerjakan haji di Tanah Suci, namun tanpa disangka-sangka perancangan itu yang membawanya mengembara sejauh 120,000 kilometer merentasi 44 negara dalam peta moden dunia selama 29 tahun. Siapa sangka, Ibn Battutah yang dianggap sebagai 'Tokoh Pengembara Islam Teragung' mampu mencatatkan rekod itu dengan hanya menggunakan pengangkutan laut dan darat, lebih-lebih lagi dalam keadaan serba kekurangan pada kurun ke-14.
Malah, pencapaian beliau jauh lebih baik daripada tokoh pengembara Barat, khususnya Marco Polo dan Christopher Columbus yang sering diperkatakan kehebatan mereka dalam sejarah dunia.
Makam Ibn Battutah di kampung kelahirannya di Tangier, Maghribi.
Lebih membanggakan, Ibn Battutah meninggalkan kampungnya di Tangier, Maghribi pada 1325 SM untuk memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun dan kembali ke tanah airnya apabila usianya mencecah 50 tahun dalam keadaan sihat. Sedangkan, dalam pengembaraannya beliau nyaris menemui ajal akibat pelbagai insiden, termasuk penyebaran wabak misteri, Black Death, di seluruh dunia yang hampir melenyapkan spesies manusia.

Lima perkara lelaki patut buat sepanjang Ramadan

1. Lebih banyak bersabar! Moga ibadat puasa dalam bulan penuh keberkatan ini dapat mendidik lelaki sentiasa bersabar dalam apa saja yang dilalui.

2. Kurangkan lepak! Jika sebelum ini lelaki suka lepak selepas kerja, harap-harap dalam bulan puasa ini, elak daripada membuang masa tanpa tujuan. Lebih berkat masa diisi dengan mengerjakan solat sunat tarawih secara berjemaah. Jika tidak mampu sempurnakan 20 rakaat, lapan rakaat pun memadai.

3. Banyakkan beramal. Ambil peluang menggandakan amalan dalam bulan Ramadan, misalnya membayar zakat. Bagi yang bekerja, boleh juga membantu ibu bapa dan keluarga membayar zakat.

4. Temankan wanita membeli belah. Lelaki mungkin kurang gemar menemankan wanita membeli belah tapi apa salahnya pada Ramadan ini, luangkan masa menemani ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau keluarga 'shopping' untuk keperluan Ramadan mahupun Syawal. Lebih baik lagi jika lelaki membantu membayar kos perbelanjaan itu...

5. Cubalah berhenti merokok! Bagi lelaki yang merokok, gunakanlah kesempatan Ramadan untuk meninggalkan tabiat buruk itu. Kalau boleh tidak merokok sepanjang siang selama 30 hari, kenapa tidak diteruskan saja? Pelik lah...

Friday, September 12, 2008

Mul@-mul@ nak simpan lepas tu......

ya saya bg tau en.atan..bila dapat payment katering nnt saya nak simpan jer duit tu. lepas tolak modai bagai. tapi bila tgk keta antik kami tu..x jadik la pulak. maka det tu akan di laburkan pada keta antik tu. sy dah lama minta en.atan tukar radio casset ker cd player dlm keta tu. ok dia kata nnt dia akan tukar. ada lagi la certain2 part yg nak di upgrade kan pada keta antik tu. dah nama pun antik, upgrade sikit la bagi nampak ummppphh sikit.



mula2 tu nak tukar keta. tapi bila di fikirkan sy bg tau en.atan tak payah la..sbb penat nak bayar installment tiap2 bulan. duit tu kalau disimpan pun dah byk. ok jadik kami setuju pakai keta antik tu selagi dia mampu bertahan ok. lagi pun dok kat pulau ni apa lah sgt..pi mai pi mai situ jugak kaedahnya..dan sy pun balik keja dok umah jer sbb dah x tau nak pergi mana dahhh. len la kalo dok mainland..huh sana-sini leh redahhh dok pulau ni paham2 ler lauttt....

duit raya






Seperti biasalah saya agih-agih duit raya kepada sahabat sekalian, tahun ni rezeki lebih sikit, so setiap sorang dapat RM500.JGN REBUT2.SUME DPT.
Selamat Berpuasa

Selamat hari raya Maaf Zahir & Batin

sy dapat email ni dari seorang teman. fuhh kalo le betull syok nya...500 tu dah boleh beli baju raya anak2 sy...






puasa..kenapa tak puasa....

PUASA

Definisi
Menahan diri daripada makan dan minum termasuk perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sidik sehingga tenggelam matahari.

Kategori Puasa
Ø Puasa Fardhu/Wajib - Bulan Ramadan, Puasa Qada' & Nazar.

Ø Puasa Sunat - Puasa enam (Syawal selepas Hari Raya Aidilfitri), puasa pada hari-hari yang ditetapkan seperti Khamis dan Isnin.

Ø Puasa hari 9-10 bulan Muharram

Ø Puasa pada hari "aman" - 13/14/15 setiap bulan kecuali Zulhijjah.

Ø Puasa pada hari Nisfu Syaa'ban - sebagai latihan "pra-Ramadan"

Syarat Wajib
Islam, Baligh, Mumaiyyiz, Berkemampuan/kudrat (untuk berpuasa)


Ok kenapa dgn entry di atas. salah seorang bos saya adalah philipino. tp dah convert Islam dan dah berumahtangga pun. dah 14 thn atau mungkin lebih, dia convert bukan sbb nak kahwin..tapi hidayah Allah SWT. Bekerja di tapak projek ni bg yg dalam opis tu ok lah. tapi yg kat luar tu mungkin x tahan dugaan.

malu sy dgn bos sy yg sorang ni. ada pekerja muslim yg tak puasa pi makan selamber jerk di kantin. sekali dgn non-muslim. ko bayangkan apa ko rasa bila tgk macam tu. marah ada malu pun ada. kalo ko x puasa pun ko cover la. mkn kat tmpt yg tertutup. ini??? apa punya pesen ni? kira ko rasa ko hebat ker? bos sy mmg marah..dia kata org ini mempermainkan agam..tidak ada respect langsung. hah amik ko. jawab....ishhh.kalau nak ikut cuaca redup jer..tapi tu lah..diri masing2...

astro or asterokkkkk



patutnya kena tambah K...jadik asterokkkkk....


yaaa marah benar sy dgn asterok. payment sy dah buat awal 30hb tu lagi. tiba2 sy tak dpat service. sy dah call astro dan dah berapa ratus ringgit duit top-up habihhh. tp sevice x ok jugak. anak2 dah boring dah sbb x leh tgk kartun kegemaran. bila sy call customer service cakap ok dlm masa 1/3 jam cik akan dpt service balik. tak dapat jugak. ni schedule sy call astro

1/9- call bg tau x dapat servise lagi. dia org check ok kad rosak. dan akan hantar smart card baru. dlm masa 2/3 hari bekerja akan dapat

4/9- call check dah hantar atau blum smart card. ooohh baru hantar hari ni. huh bayangkan 3 hari apa yg dema buat. x efisien langsung

5/9- dapat smart card baru. courier. call untk xtive smart card baru. dlm masa beberapa jam akan dpt servis. kol 6.30 call lagik dan kata amik masa sbb nak reconfigure balik. sbb kami dah terminate package sport. gila ker hapa..awal tadi aku dah bg tau ko aku x nak sport....balik dr berbuka jam 9 mlm x dapat servis lagi. ok call lagi..dah baru nak action nak terminate package sport tu. woiii dr siang td aku dah bg tau aku x nak sport tu..ko cakap ok ok tapi act nyer tidakkkk...hangen aku satu badan nihhhhh

6/9- still x dapat service lagi. dah tak larat nak call. aku pun dah fed-up.

7/9- still x dapat service lagi. ni smart card ni fake ker?? call lagi. aku dah marah customer service tu. det aku dah habih top up credit nak call korang. tp problem x solve jugakkkk.

8-11/9- call lagik, dah macam2 buat tapi x dapat service lagikk. dah tu cakap dlm masa 1/2 jam la 1 jam la akan dapat service. tapi habuk pun tarakkkk. aku dah gerammm habih customer service tu aku marahhh. ko minta la maaf berkilo-kilo tapi aku dah angin nih,i pay for nothing laa..service habuk tak dapat...kalo aku lambat bayar mencanak ja ko disconnet service aku. gilo ko apa. service x dapat lagi...aku dah dapat bill baru...immediate lak tu soh aku wat payment. ko kasi aku dapat service dulu baru aku wat payment kalao tak aku bawak perkara ni ke parlimen. peduli apa aku.

11/9- technical service call ...dannn akan hantar kad baru..sbb kad yg ni rosak. walalalallalalla senang nyerrr....bila nak hantar?next week? duit aku ko dah telan pas tu ko kasi kad rosak kat aku. service x dapat. aku kena habis kan duit beli top-up nak call ko...pas tu ko kata kad baru tu rosak...apa kesssss

sy akan tuntut ganti rugi ni kat tribunal pengguna...ok..tunggu jer...

Thursday, September 11, 2008

nak dapat pahala...

ok lepas berbuka..saya nak lap lantai. sy tak suka mop..rasa cam tak bersih. sy sprayy pas tu lap. kalau dah nama pun lap mmg lambat la. nak setempat-setempat. jadik 2 anak bujang sy volunteer nak tolong. nak dapat pahala. kalau tolong ibu dapat pahala. Alhamdulillah ..dan sy hand over spray dan kain lap kepada anak bujang saya. ok hasilnya memuaskan...dan ini aksi nyaaa


si kecik danish....



kerusi biru kecik tu mmg beli untuk dia. dia x duduk tapi dia suka tepuk2

lagi satu favourite dia charger hp. tu charger hp abah...

dann taraaaaa..bila sy pusing ja dia dah naik berdiri atas kerusi tu...hebat-hebattt

dah tu dia sibuk nak turun.....

ok post sikit...depan camera

cam besa bang chik suka interframe....

ok dia dah berjaya turun tanpa bantuan sesiapa..hebat la tueee

pas tu dia sibuk nak tgk gambar plak, habis album gambar dia selongkarr

muka sapa la ni buruk bebeno..mungkin itu yg bermain di minda dia....