Saturday, August 30, 2008

saja-saja....layan jerrr

stesen petronas.kami isi petrol kat sini ler
abah ngan isi minyak
pic ni gelap skit. sebenarnya nak amik pic umah besar tu...
dlm keta..kakak dan bg chik. x tau la kenapa bgchik suka bebenor buat mata cam tu
abg dan danish...abg memang manjakan danish
saja jer amik pic sawah padi niii.....
lagi pic sawah padi...
mesin padi favourite kakak....mesin ni nak tuai padi2 tu laa

Dinner...

semalam sy dan suami bawa anak2 pergi dinner kat luar. lagi pun mmg nak beli barang dapur sama dan susu danish juga. en.atan pilih restoran thai. Restoran Wan Thai. Mmg sedap dan murah...kami order menu simple jer tomyam campur, telur dadar dan kerabu mangga.

makan ice-cream dulu sementara tggu main dish
ni pic kat supermarket..lepas beli susu budak kecik ni
kakak pun naik juga benda goyang2 nii
abang chik pun sama
kan men excited lagik
ibu dan danish masa tggu food sampai
kakak tu makan ice ketoi la tuu
mula2 dia nak dok dlm high chair lepas tu dia ngamuk nak dok kat abah pulak
suka la tu leh dok kat abah...
tayang gg dia tu

Friday, August 29, 2008

tobat tak tanya dahhh

masih ingat lagi kes kawan sy yg sms sy?? yg sy cuak dia ada masaalah? niat sy baik. sy nak tau apa masalah dia . dan selalunya org yg bermasaalah akan memerlukan seseorang untk meluahkan isi hatinya. sy x mengharapkan dia cari sy untuk meluahkan masaalah tu. tp as a kawan lama..mmg hati ni insist nak tau.

sy sms dia lagi. tapi jawapan yg sy terima membuatkan sy berkata pada suami " tobat x tanya dah". bukan niat kita nak menyibuk tapi nak membantu. tapi dah disalah ertikan nak buat macam mana. so lepas ni..ko punya pasal la...dan aku x kan amik tau lagi dan menyibuk lagi. sorry.

Thursday, August 28, 2008

offer keje

sy keja di company ni hanya sampai projek siap jer. meaning contract staff saja. tapi td aku dpt offer keje kat Lahad Datu lepas habih project sini. wow!!! walaupun offer tu verbally tp?? hati ku dah ada bunga-bunga cinta. satu peluang yg baik. satu peluang yg tidak disangka-sangka.

tapi bila ingat anak2 jadik cam tak xcited plak. macam mana anak2 pulak. kalo bawak dia org sekali mampu ke aku nak uruskan?? susah hati pulak dah.

gambar jerkkk...


inilah Luqman Atiff

Nur Sara Youhanees & Muhammad Faez Najmie

Muhammad Danish Firdaus

dalam kete...youhanees & danish


apa punya aksi entah lerrrr

anai-anai & sms kawan


semalam..sy kemas2 bilik anak2. sbb dah berserabut sgt dan mata ni dah sakit sgt. jadik sy berkemas-kemas la sikit dgn bantuan suami. ok dah kemas. dan budak2 tu mmg suka sgt la sebab bilik dia org dah kemas. lepas tu sy plan nak tukar curtain bilik sy. elok tarik ja curtain kat dlm almari..nah anai2 dah buat sarang. adoiii byk baju2 lama dah jadi mangsa. berlubang sana sini. sayang nya.

sy dan suami punggah pulak almari tu. buang habis semua baju-baju. yg mana dah jadi mangsa anai2 kami buang terus. suami kata hari ni dia akan buang almari tu. rupanya almari tu dah jadi mangsa anai2. jadinya bilik yg berkemas tu dah jadi bersepah semula dgn baju2 yg bertaburan.sabar sajalah.......

lepas berkemas sy lepak kat depan. chech hp dan ada mesej dr kawan lama. schoolmate dulu. baru teringat td sy ada sms dia bertanya khabar. ermm membaca balasan nya buatkan sy rasa cuak. dia macam ada masalah. dan mula2 lah sy pk macam2. tapi apa pun sy harap dia tabah dan tak buat keputusan yg terburu-buru w/pun sy tidak tahu apa masalah dia yg sebenar. dan sy tggu dia citer apa masalahnya...

Glitterfy.com - Glitter Graphics

Wednesday, August 27, 2008

Alfatihah....

hari ni dlm bz2 prepared serba mak nenek untuk meeting esok. saya sempat gugel beberapa blog. tah la dah macam hobi baru plak dan macam addict plak nak baca blog org lain. saja....erkk bukan kah hobi sy membaca..jgn lupa tu.

Alfatihah dari sy untuk arwah Erwan Ariff anak aznie dan Alesha Abriza anak viruspadu. w/pun sy kenal aznie dlm forum dan x kenal viruspadu secara peribadi atau pernah berborak dlm mana2 forum tp setiap seorang ibu mesti ada naluri yg tersendiri dan tak kira pada anak siapa. itu diri saya dan sy tidak tahu org lain bagaimana. Ya kedua-dua si kecil tu sudah bahagia di sana....yg tggl cuma memori yg indah untuk kedua-dua ibu tersebut. Patah tumbuh hilang berganti tapi yg hilang cuma di mata tapi tetap abadi sampai mati di hati....

Sy cukup sensitif bila membaca kisah2 si kecil yg berwajah polos tanpa sebarang dosa dianiaya. Geram dan marah yg teramat sgt. Sy sedih bila membaca kisah si kecil yg terpaksa bertarung melawan sakit. itu semua ketentuan Ilahi. Ya masa potong kuku danish sy terketip isi dan berdarah sikit pun sy dah sedih.Itulah naluri seorang wanita yg bergelar IBU, MAMA, UMI, MAK, MUMMY.....walaupun kadang2 sy sendiri kurang sabar dgn karenah anak2. 4 kepala 40 perangai. jenuh nak melayan. bila geram sangat...kadang2 sy cubit juga dan menjerit....


Tapi mereka tetap permata hati saya dan suami..dan harta kami yg amat berharga...

love actually & casino royale






LOVE ACTUALLY ermm tu tajuk filem yg saya pernah tgk. mmg x jemu tgk filem tu. Lebey kurang filem CINTA Khabir Batia tu??? ya ker?? Love Actually, lakonan Colin Firth & Hugh Grant, Liam Nelson, Emma Thompson dll lagik. Faktor utama tgk citer ni sbb ada Colin Firth dan Hugh Grant. 2 pelakon British ni mmg saya suka. Mgkin sbb gaya org British bercakap lenggok nya lain dr Amerika dan lebih lembut dan sopan dan bila dia org bercakap mulut macam x buka pulak.





semalam tgk movie CASINO ROYALE...danial craig yg jadik agent 007. w/pun sy suka Pierce Brosnan..tapi layan. Nampak sgt 007 betul2 jatuh cinta pada Vesper dan sggup resign dr tugasnya. tapi apa kan daya dia kena bohong...

MMg byk pembohongan dlm percintaan mahu pun dlm rumahtangga. memang perit pada sesiapa yg pernah alami. Hati dan perasaan bagai disiat-siat.Jalan terbaik, pada yg tengah bercinta harus jujur, jika dalam hati sudah tiada lagi cinta lebih baik berterus-terang. Pada yg sudah berumah tangga jgn sekali-kali cemari ikatan suci tu.jika dlm hati sudah ada nama org lain adalah lebih baik berterus-terang juga...kerana x semua yg pahit tu hempedu dan yg manis tu madu...

sirih pulang kegagang





tak tengok berita penuh. malas. tapi mmg dah agak yg DSAI akan menang. Sirih pulang kegagang..agak2 tepat tak peribahas tu?? Permatang Pauh tu kg halaman dia,x payah poll pun mmg dah tau dia akan menang. Entahlah kemana hala tuju politik malaysia ni??? kadang2 nampak sgt yg parti2 ni untuk kesenangan dan kepentingan peribadi pemimpin sesebuah parti. Tapi yg penting jgn abaikan keperluan rakyat sudah. Saya bukan penyokong DSAI atau Pak Lah. Tapi saya mengikuti perkembangan cerita DSAI. Mula2 timbul rasa simpati itu 10 thn lepas, sekarang???? entahlah no komen..sampai x lalu nak baca. Tapi diam2 sy kagum pada Nik Aziz. Aura mukanya bersih...cukup memikat hati w/pun pada PRU yg lalu saya pangkah calon BN. Dah 2 kali sy mengundi. Dan 2 kali juga sy pangkah calon BN. Suami pulak adil..satu calon BN dan satu calon pas. PRU 2013 kalau panjang umur sy pangkah calon PAS. InsyaAllah.

Saya tak suka politik sebenarnya. kerana bg sy politik tu najis. kawan makan kawan, sesama sedara bergaduh dan boleh membawa kepada perpecahan. Politik itu mmg kotor tak kira politik di tempat kerja, kedai kopi, jiran tetangga..

office


meja saya di office. mmg messy. dah cuba untuk kemas sebaik mgkin, tp bila meja kemas sy mmg tak boleh nak buat kerja. mungkin dah habit.tp bg pandangan org lain mungkin sy ni berserabut. tak kisah terpulang pd pendapat masing2 yg penting keja on. ok sebenarnya nak tunjuk pic remote control air-cond tu dan abaikan hp buruk tu. kalo dapat bonus ok sy beli yg baru...

hah remote tu sekejap di tekan "ON" dan sekejap di tekan "OFF" bukan apa sejuk. macam mana nak pergi negara yg ada musim Salji?? kat rumah pn macam tu, kalau org lain kipas syiling sampai 5 sy 1/2 saja...cukuplah. suami selalu bertanya..macam mana nak pasang air-cond kat rumah?? semasa kami pergi survey harga air-cond???

Tuesday, August 26, 2008

bila mereka terlelap...







abah tanam sayur

semalam abah off. jadik dia stay kat umah jer la. tak buat apa pun. ptg ibu balik, abah bg tau dia nak tanam sayur. aikk semangat nya abah lepas backyard dah cantik. abah buat batas semalam tanam sayur bayam dan halia. cam biasa layout tu mmg out. tp ibu x kata apa la. takut abah kecik ati plak. hehehehe. pas tu abah bg tau dia nak tanam tomato, cabai, dll. ok kita tgk abah buat ke tak?? hahaahahha

semalam macam biasa. lepas berbuka (ibu pose ganti) kami lepak tgk tv kat umah jer. abah nak bg danish tidur dlm buai. hahahhaha hello...malam2 danish dah x tido buai. dia akan lepak atas toto sama dgn abg dan kakak, pusing kiri, pusing kanan pas tu baru dia tido. opss mana la abah nak tau sbb abah tu asyik bz jer. sampai peel anak pun abah tak tau. so kesiannnn...kira ibu lagi advance la. tp yg geram si kakak asyik kaco danish bila danish dah tido. so kena marah la dia. apa nak buat kan, sapa suruh kaco adik. kesian.

Monday, August 25, 2008

mesti beli buku ni..




HIJAB SANG PENCINTA

Harga: RM19.90
Penulis: Ramlee Awang Mursyid
Halaman: 520
ISBN: 978-983-124-385-5

Sinopsis:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


--------------------------------------------------------------------------------






* BORANG LANGGANAN TRIONOVEL OGOS


Tinta Penulis:


RAMLEE AWANG MURSHID penulis prolifik Alaf 21 muncul lagi melengkapkan trilogi Bagaikan Puteri – Hijab Sang Pencinta. Kisah Laksamana Sunan kali ini adalah noktah yang merungkaikan segala persoalan yang ditinggalkan dalam episod kedua, iaitu Cinta Sang Ratu. “Ini adalah episod terakhir yang mengaitkan Saifudin, Haryani dan Dani. Ini adalah noktah bagi cerita yang bermula daripada episod pertama. “Bagi saya... Saifudin atau Laksamana Sunan merupakan satu watak yang disukai pembaca. Saya menghargainya,” jelas Ramlee sambil menarik nafas kelegaan. Pada kesempatan bertemu dengan Ramlee, wartaweb Alaf sempat bertanya mengenai novel baru karya Ramlee mengukir senyuman, sesekali menggaru dahi. “Mikhail.” Ringkas Ramlee mengulas. Apabila ditanya mengenai sinopsis, Ramlee menjawab, “Seorang lelaki yang lahir pada 29 Februari... tahun lompat. Lelaki ini menyambut hari lahir empat tahun sekali. Dia seorang pembunuh, tapi bukan pembunuh upahan mahupun bersiri. Tidak juga bersifat sadis. Namun, apa pun tafsirannya... lelaki ini tetap seorang pembunuh kejam. Pada suatu ketika, pembunuh ini telah jatuh cinta pada sasarannya,” ulas Ramlee tanpa mahu merahsiakannya lagi.



ya Ramlee Awang Murshid ni novelis favourite ibu. Buku baru dia dah kuar so next week ibu akan pergi beli buku ni.

malasnya....

semalam dok kat umah jer. nak masak gas habis. abah gi keja. so x masak apa2 lah. jadik buat sandwich jer untuk bekpes dan lunch. gasakk wakakakakakkaaka. tp pening kepala la pulak x leh nak masak moi untuk danish. abg dan kakak makan coco crunch pun x kisah dah. jadik?????

hahahahahahaha ibu blend jer coco crunch tu bg hancur pas tu campur fresh milk tu habis citer. danish pulun sampai licin. suka bebenor dia atau mgkin dia laparsgt. danish kalo lapar mmg x leh tahan. dia nangis tu x tau lah..bg susu pun x mau. mmg dah tau la dia lapar. suap jer makanan diamla dia. baguss betul...

pas tu abg ajak ibu kemas kawasan umah bg nampak clear.sebab nak sambut pose. bagus betul anak bujang ku ni. jadik ibu, abg dan acik gotong royong kemas kat backyard dulu. brg2 lama yg x guna tu kami masukkan dlm plastik sampah. ikat kemas2 dan tinggal untk abah buang kat tempat sampah. jadik backyard kami dah nampak kemas dan cantik.bila abah tgk dia kata..hah dah boleh tanam sayur nih. heheheheh bunyi cam perli ibu ja..ya lah ibu dah lama beli benih sayur tapi x semai pun. alasan??? x der masa...ya lah dah balik keje nak wat keje umah lagi, masak la apa la. so mana nak sempat. hehehehe harap maklum yer. tp plan nak tanam tu mmg ada, nak2 bila tgk backyard tu dah clean lagi bersemangat.

Saturday, August 23, 2008

qeja tukaq layout

ekekekekekekeke ni dah kali yg ke berapa ku tukar layout tak tau lah. meraban sungguh. kan apa saja ja syok2. x lah boring dgn layout yg sama. tak gitu???? hari ni dah 23/8/2008. Hari lahir our doter NUR SARA YOUHANEEStp we both diam2 ja x bising. kan apa takut minta kek lagi. kan ker awal bulan hr tu dah buat bday party dia.awal 3 minggu tu celebrate.

apa lagi nak story?? td balik umah jap. sbb risau budak2 tu lapar. td x masak nasik. yg ada cuma cornflake untuk dia org bekpes. tapi abah bawak balik meehoon sup. bg dia org makan yg tu dululah. mlm nnt kalau rajin masaklah.kalau x buat sandwich sajok.

masa balik td sempat lak pi tempah baju untuk raya. untuk me dan youhanees. wah kan men suka lagi youhanees sbb baju kurung dia dah ada 2 pasang. hehehehehehehe apa2 pun mesti youhanees yg lebeyyy maklum ler anak perempuan ku sorang..dis year awal planning nak bg seragam tp nampak gayanya x kowt. tapi x pa kita tgk lah abah nak beli baju kala apa...so kita ikut jer lah. wahhh tambah lagi koleksi baju kurung ibu dan youhanees..cayok lah..

tafsirkan sendiri